Posts

Showing posts from March, 2009

Jatuhkan BN!

Image
Hari ini, merupakan hari ke 3 berkempen. Saya melihat banyak media cetak dan elektronik jelas menyokong BN. Mereka seolah-olah tidak memberikan layanan yang sama terhadap Pakatan Rakyat. Kita berharap, walaupun Pakatan kecil berbanding sumber yang ada kepada BN, tetapi BN cukup takut kepada Pakatan. Mereka akan mencuba untuk mengalahkan Pakatan dengan segala kekuatan jentera yang ada. Pakatan sudah hilang 2 sumber maklumat (Harakah dan Suara Keadilan) apabila tidak dibenarkan beroperasi. Tetapi diharapkan kita dapat memberikan maklumat kepada rakyat dengan sumber dan kaedah lain. Cuma kita berharap rakyat akan berusaha mendapat berita dari sumber lain untuk mengimbangi berita dari BN. Rakyat sekarang sudah tidak menerima berita tanpa analisis yang jujur. Mereka sudah membuktikan dalam PRU12 lalu. DS Najib pasti berusaha disemua tempat. Bagaimana pula dengan Pak Lah, turun atau tidak dalam PRK ini. Rakyat menanti sesuatu yang baru dari BN dalam pilihanraya ini. Mereka kena buktikan kes

Selamat...... Sambut

Image
Dalam beberapa hari lagi DS Abdullah Ahmad Badawi akan meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Diucapkan "Selamat". Dilaporkan DS Abdullah akan mengadap SPB Yang Dipertuan Agong pada 2 April nanti bagi melaksanakan proses peralihan kuasa tersebut. DS Najib tentu dah dok sedia, pasti akan melakukan pembersihan selepas ini seperti yang dijanjikan dalam Perhimpunan Agong UMNO dulu. Pakatan kena kerja bersungguh-sungguh supaya DS Najib sambut jawatan tersebut dengan tewasnya BN di 3 tempat PRK pada 7 April nanti. Biar rakyat bergembira dengan kemenangan menewaskan BN. Sambutannya tentu meriah.

Ramainya.... Tentu Meriah.

Image
Saya mungkin terlambat sikit nak mengucapkan selamat kepada semua calon yang bertanding dalam 3 PRK. 15, 3 dan 2 : begitulah bilangan calon yang bertanding. Saya tertarik di Bukit Selambau. Pasai ramai nak jadi wakil kat situ. 15! Ramai tu. Saya terfikir dalam keadaan kemelesetan ekonomi ni, di Kedah masih ramai yang kaya. Adakah depa rasa boleh menang. Berapa peratus keyakinan depa? Dalam dok kutuk kerajaan Pakatan tak reti perintah, tiba-tiba ramai yang jadi orang kaya, RM5000 deposit calon campur deposit poster RM3000 tak ka jadi RM8000. Kalau kalah dan tak cukup undi tentu hilang duit tu. Tak sayang ka? Adakah calon bertanding akan mendapat sokongan ramai? Macam mana nak perkenal lambang? Atau bercita-cita nak jadi EXCO? Semuanya kena kerja kuat, pasai ramai, kot-kot pengundi pun pening. Jadi PRK Bukit Selambau tentu meriuh.... Jumlah calon nak sama dengan lubang congkak. Yang nak bagi BN tumbang, lagi kena kerja kuat. Jadi Sokonglah Kerajaan Kedah la ni.. Selamat bekerja dan selam

Terus bekerja

Image
Malam tadi, segala keputusan dalam pemilihan UMNO dah diketahui. Yang berjaya dan tak berjaya berjanji akan bersama memperkuatkan parti tersebut. Semuanya nampaknya akan bekerja dengan TPM (bakal PM?) untuk mengembalikan maruah UMNO yang tercabar. Kemenangan Timbalan serta Naib Presiden yang baru tentu akan memberikan semangat baru kepada parti ini. Rakyat melihat semua pihak menyatakan sokongan terhadap TPM termasuk PM (bakal mantan PM?). Ini tentu akan menambahkan cengkaman beliau terhadap UMNO. Apabila semua pihak menyatakan sokongan, pasti mereka akan bersatu dalam menghadapi PRK yang akan berlaku dua hari lagi. Inilah cabaran tambahan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Semua rakyat walaupun melihat TPM bagaikan tidak bersih, tetapi beliau dilihat bersih oleh UMNO. Pasti dengan kenaikan pangkat serta mungkin dengan janji baru, rakyat akan terpengaruh. Mungkin kita akan berhadapan dengan isu baru yang tidak disangka? Janganlah Pakatan Rakyat berasa selesa dengan suasana yang ada.

Ketua Baru - Cabaran Baru?

Semua tiga sayap UMNO telah memilih ketua baru. Semuanya bekas naib ketua masing-masing telah dinaikan pangkat oleh perwakilan. Semuanya berjanji ingin men'tranform' UMNO. Oleh itu, semuanya berjanji akan turun habis-habisan dalam PRK selepas perhimpunan parti tersebut. Bakal presiden parti pun berazam akan merubah UMNO ke arah yang lebih baik. Jadi selepas ini, rakyat Malaysia akan melihat berlakunya perubahan dalam UMNO. Semua orang seolah-olah rasa macam UMNO akan berubah.. Bagaimanakah persediaan parti-parti lain terutama PAS dalam menghadapi situasi ini. Rakyat sudah tentu ada yang terlekat dihati mereka dengan janji orang baru. Mereka pernah berubah kepada UMNO dan memberikan sokongan selepas Pak Lah berjanji "mencari Al Ghazali dan As Syafie". Mereka tentu ada yang enak mendengar janji Bakal PM yang akan membersihkan UMNO. Maka mungkin ada yang terjebak sekali lagi serta percaya kepada janji ini. Adakah rakyat ramai akan terjebak? Bagaimana persediaan sayap-say

TV?

Pagi ini, sambil bersarapan saya membuka TV3. Saya rasa keliru kerana di depan meja pengacara ada lambang parti UMNO. Saya tertanya-tanya sama ada saya lihat TVUMNOka? Atau rancangan UMNO?

Calon Kita...

Image
Calon Pas ( baca Pakatan Rakyat) di Bukit Gantang telah diumumkan. Tugas petugas Pakatan Rakyat adalah untuk mengajak rakyat menolak BN dalam PRK nanti. Berusahalah untuk Pakatan Rakyat terus berada di posisi menang di Bukit Gantang. Jangan sambil lewa kerana BN banyak tipu muslihatnya. Harus berjaga-jaga, jangan biar rakyat terpedaya dengan tipu dan usaha mereka.

Dimanakah Salahnya?

Image
Semalam kerajaan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Pergantungan ini adalah selama 3 bulan. Ini sudah tentu akan menyekat bahan alternatif kepada rakyat. Kita berharap rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat, kerana rakyat sudah banyak belajar dalam suasana yang ada hari ini. Berita yang dikeluarkan oleh media utama perlu disaring. Kita berharap media alternatif seperti internet dan sms akan memainkan peranan semasa PRK yang akan bermula 29 Mac ini. Rakyat negara ini sepatutnya diberikan peluang untuk mendapat berita dari banyak sumber. Kita perlu menjadikan rakyat negara ini berfikiran global. Mereka yang mendapat banyak maklumat pasti akan bijak menilai isi maklumat yang sampai. Dimanakan kesalahan dua akhbar ini? Menghasut rakyat atau meminta rakyat tidak menyokong BN? Adakah akhbar utama yang lain tidak menghasut rakyat? Kita harap kerajaan menilai perkara ini. Rakyat yang disekat maklumat ini pasti marah kerana mereka hendak mencari maklumat. Tiba-tiba mereka diseka

Rebet Tunai?

Semalam selepas pulang dari sekolah, lebih kurang 2.45 petang, saya singgah ke Pejabat Pos Arau untuk mengambil rebet tunai kenderaan. Semasa mengambil borang, kerani yang bertugas itu berkata, "Isi borang boleh, tetapi duit tak pasti lagi, kalau nak tunggu tak pa." Saya apabila mendengar kata itu menjawab, "Kalau tak dapat duit, tak pa lah." Saya terus keluar dari pejabat pos berkenaan. Semasa berada dalam kenderaan saya berfikir kenapa begitu jawaban daripada kerani pejabat pos berkenaan. Adakah kerajaan sudah habis wang? Adakah kerani berkenaan malas? Saya lebih berat kepada kerajaan seolah-olah habis wang. Macam mana dengan tugas kerajaan yang berjanji akan membayar wang kepada rakyat yang mempunyai kenderaan, selepas mereka membayar cukai jalan. Dimanakah tanggungjawab kerajaan menyediakan wang yang cukup? Kita berharap bahawa masih ramai lagi rakyat yang belum menuntut rebet tunai kenderaan mereka, akan mendapat wang mereka. Kerajaan telah berjanji semasa mena

Siapa?

Hari ini, calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang akan diumumkan. Inilah pengumuman yang calon yang terakhir daripada semua calon parti politik yang akan bertanding dalam PRK pada 7 April nanti. Pakatan Rakyat di Bukit Selambau dan Batang Ai serta BN telah mengumumkan calon masing-masing. Siapakah calon PAS di Bukit Gantang? Ini pasti menarik kerana kawasan parlimen ini akan menentukan kesan daripada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tempoh hari. Adakah rakyat akan marah kepada BN? Atau rakyat akan pilih BN? Kesannya cukup penting. Di kawasan Bukit Selambau, semua pihak sudah bersedia. Walaupun disebut akan ramai calon bebas, tentu cabaran dan tentangan akan dilihat daripada calon BN dan Pakatan Rakyat. Kita berharap rakyat akan membuat pilihan mereka dengan bijak, bukan dipengaruhi oleh isu yang tidak tepat. Kita berharap semua pihak akan berkempen dengan baik memandangkan rakyat hari ini merupakan rakyat yang tahu hak mereka. Bukan rakyat yang boleh ditipu dengan isu tidak ben

Ketua Baru

Semalam (22.3.2009) DPP kawasan Arau telah mengadakan Mesyuarat Agong bagi kali ke 32. Telah berlaku perubahan dalam kepimpinan. Senarai JK baru yang dipilih adalah seperti berikut: Ketua : Khairudin Mohammad Tim. Ketua : Roszairani Ahmad Naib Ketua : M. Khomeini Khalifah AJK:- Tarmizi Ishak Nur Yusairi Mansor Che Mansor Mat Ros Mohd Din Ismail Kamal Sharri Nur Marwan Ismail Nor Hasyimi Yaakub Solahudin Azmi M. Afiffudin Aziz M. Fuad Hashim M. Khomeini Yusof M. Shukree Senawi Tahniah kepada yang terpilih. Ingat bahawa tugasan anda semua adalah untuk mengambil Arau daripada BN. Bertugaslah dengan penuh amanah, dan InsyaAllah anda akan diberikan kemenganan.

Terkena dan Terlepas.

Semalam Jawatan kuasa disiplin UMNO telah menjatuhkan hukumannya kepada ahli UMNO yang terlibat dengan politik wang. Ada yang terkena gantung, ada yang terkena tidak boleh bertanding, ada yang terlepas boleh bertanding dan ada terkena boleh bertanding. Macam tu lah keputusan yang telah di buat. Yang tak kena kata,"Keputusan jawatankuasa tu kena di hormati." Yang terkena nak fikir dulu apa nak buat. Tapi penyokong yang terkena dalam mula tunjuk tak puas hati. Hantar memo kat PM. Jadi nampak macam ada yang tak kena. Kita berharap bahawa ketidakpuasan ini akan di bawa hingga selepas perhimpunan Agong UMNO. Biar mereka bertekak sama mereka, kita kerja kuat pertahan dua bukit. Yang di Sarawak tu pun kalau kena gaya boleh ambil tu. Tapi yang pasti Pakatan Rakyat tetap kena kerja kuat. Biar selepas ini UMNO akan terkena lagi dengan rakyat yang meluat tengok lakonan baik mereka, konon nak benteras rasuah. Tapi yang pasti UMNO memang terpalit dengan rasuah: sapa tak boleh sangkal

Duit..

Ransangan yang disebut oleh TPM minggu lepas menarik perhatian beberapa orang yang berbincang di sebuah rumah kenduri kelmarin (17/3/09). Saya hanya mendengar sahaja perbincangan mereka. Ada yang berpendapat bahawa jumlah yang begitu banyak sekiranya dibahagikan kepada setiap rakyat tentu lebih baik daripada pembahagian yang disebut TPM. Kalau dibahagi sama rata tentu semua rakyat dapat merasakan wang berkenaan. Tapi, macam mana cara nak agih duit tu? Tentu sukar. Jadi wang 60 billion yang dibentangkan tentu menarik perhatian rakyat, mereka ingin merasakan nikmat daripadanya. Tetapi semua tetap bertanya, macam mana nak pi mintak duit tu? Adakah wang itu ada atau hanya disebut sahaja?

Otak

Semalam selepas pulang dari kenduri, saya singgah ke rumah keluarga. Sambil berehat saya melihat surat khabar harian 13 Mac 2009. Saya tertarik apabila membaca mengenai pendapat seorang (pangkal nama Dr) yang menyatakan bahawa PPSMI akan meransang otak kiri. Beliau berpendapat bahawa bantahan pada 7 Mac 2009 tidak melibatkan orang yang banyak menggunakan otak kiri seperti doktor dan jurutera. Beliau berpendapat bahawa orang yang membuat bantahan adalah orang yang banyak menggunakan otak kanan. Apabila saya membaca berita itu, pertamanya saya pasti bahawa semua orang yang turun pada 7 Mac adalah orang yang berotak. Tanpa otak pasti mereka tidak akan membuat bantahan. Kerana orang yang tidak menggunakan otak akan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan orang. Mereka adalah seperti robot, walaupun nampak pintar tetapi tiada otak! Sepatutnya seorang yang ada pangkal nama Dr membuat kajian atau penyelidikan dengan mengambil sampel peserta perhimpunan untuk menentukan sama ada menggunakan

Ilmu

Beberapa hari ini, ramai yang berkata-kata tentang pentingnya bahasa. Ilmu disampaikan melalui bahasa. Tanpa bahasa tentu seseorang itu sukar mendapat serta memahami ilmu yang disampaikan. Kenapa orang Barat hari ini berjaya? Kerana mereka menguasai ilmu. Kebanyakan ilmu yang didapati di Barat hari ini adalah dari ilmu yang di pelajari dari terjemahan ilmu Islam zaman lampau. Mengapa diterjemah? Kerana hendak mudah memahamkan rakyat mereka tentang ilmu. Walaupun ada pakar bahasa asing, tugas mereka adalah menterjemahkan ilmu asing ke bahasa ibunda masing-masing. Mengapakah karya Datuk Lat iaitu "Kampung Boy" diterjemahkan kepada bahasa lain, tentu untuk mereka memahami karya berkenaan. Jadi bahasa tempatan atau bahasa ibunda merupakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan ilmu. Apakah kita boleh berbangga menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dengan bahasa asing? Kita pelajarilah bahasa asing agar kita dapat mendalami ilmu mereka tetapi ajarlah anak bangsa dengan bahasa sendiri

Sakit

Hari ini di sekolah aku ada kenduri. Hadiah daging lembu yang enak daripada seseorang untuk pelajar, guru dan ibu bapa pelajar sekolah. Walaubagaimanapun aku yang diberikan tugas, tidak dapat melaksanakan tugas kerana kakiku membengkak hari ini. Ramai kenalan yang simpati serta memberikan cadangan ubat yang perlu di ambil sama ada ubatan moden atau tradisional. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan. Kepada rakan setugas yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan, terima kasih kerana tidak dapat membantu keseluruhan program. Setelah berjumpa doktor, dan selepas memakan ubat rasanya sakit di kakiku semakin berkurang.

Tahniah

Image
Hari ini pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun lepas mendapat keputusan masing-masing. Tentu ada yang gembira dan ada yang menangis - berjaya atau gagal - serta yang tidak kisah dengan keputusan mereka. Seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 tahun, mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Disamping itu, Kementerian menyatakan bahawa ramai pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang disebut oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimudin Mohd Dom. Manakala Menteri Pelajaran pula menyatakan bahawa hasil kajian PPSMI akan dibentangkan akhir bulan ini. Kita berharap segala kajian akan memberikan kebaikan kepada semua pelajar kita. Kita juga berharap kajian nanti telus dan tidak dipengaruhi oleh unsur politik. Kita berharap memorandum daripada GMP akan dikaji dan dinilai agar pendapat semua pihak akan diambil kira dalam penentuan masa depan pelajar kita. Tah

Rangsang

Image
"Kerajaan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 70 tahun. Pakej rangsangan menyeluruh, menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran itu menumpukan kepada empat teras, iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat; membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa; dan membina keupayaan masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya di Dewan Rakyat semalam, berkata peruntukan pakej itu, yang bersamaan sembilan peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan terbesar dalam sejarah ekonomi negara, akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan

GAS

Image
Sudah beberapa hari ini aku tidak menulis. Mungkin kerana marah melihat kerakusan polis dan pihak pemerintah memperlakukan kepada rakyat seperti yang terjadi 7 Mac lalu di KL. Ada seorang sahabat menceritakan bahawa memang pedih terkena gas pemedih mata. Rasa macam nak mati. Ada pula seorang sahabat yang sakit resdung menceritakan bahawa selepas terkena gas, rasanya resdung sudah sembuh. Begitulah kekuatan gas yang terkena manusia pada hari itu. Mengapa rakyat yang cintakan bahasa mereka diperlakukan begitu oleh kerajaan? Dalam perkara 152 perlembagaan disebut Bahasa Melayu bahasa rasmi negara, mengapa perjuangan memartabatkan bahasa dilayan begitu rupa. Memang betul rasanya mereka ini lebih mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri. Ramai menteri yang malas nak cakap Melayu apabila ditanya pemberita, kalau tak percaya lihat berita di TV. Gas pemedih mata 7 Mac pasti akan memberikan lebih semangat kepada perjuangan memartabat Bahasa Melayu kembali pada tempatnya sebagai bahasa

Banjir bantah PPSMI

Image
Esok 7.3.2009, Satu Memorandum Rakyat akan dihantar oleh rakyat yang cintakan bahasanya. PPSMI telah lama berjalan dan ramai pencinta bahasa melihat ia akan merosakkan identiti bangsa serta akan memberikan kesan kepada budaya bangsa. Diberitakan, polis membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), esok. Bagaimanapun perhimpunan hanya dibenarkan diadakan di Masjid Negara jam 2 petang, sementara dua lokasi lagi yang dirancang - Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo - tidak jelas. Diharapkan akan ramai akan hadir esok untuk menunjukkan bantahan mereka. Biar KL sesak seperti banjir beberapa hari lepas, akan dibanjiri oleh manusia yang cintakan bahasa dan anak bangsa serta masa depan negara.

Pasai apa?

Image
Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan selalunya akan menjawab soalan dari pemberita sekiranya berada dalam sesuatu sidang akhbar. Tetapi kelmarin (4.3.09), Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa (gambar)yang bercakap tentang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar yang akan disiasat atas kesalahan menyalah guna kuasa. Pasai apa dia tidak ulas kerana selalunya dia yang akan ulas.

Tahniah.

Image
Tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang sudah hampir setahun memerintah. Tahniah juga kepada semua exco yang dilantik semula. Harap terus tunjukkan kecemerlangan dalam tugasan masing-masing. Rakyat menilai Pakatan, dan Pakatan harus terus menunjukkan kebaikan. BN pasti sukar untuk merampas Kedah dari Pakatan. Terus Maju, selamat bertugas.

Sejarah...

Image
Perak menjadi tumpuan masyarakat mulai bulan Februari lalu mencetuskan sejarah baru kelmarin. Tarikh 3 Mac 2009, pertama kali dalam sejarah sidang DUN Perak diadakan di bawah pokok. ADUN-ADUN Pakatan tidak dibenarkan masuk ke Bangunan SUK, bagaimana ahli dewan tidak dibenarkan masuk ke dewan? Ahli perundangan tentu akan mendapat banyak info baru perundangan. Pelajar undang-undang tentu mendapat ilmu baru. Banyak kes mahkamah akan berjalan. Persidangan bawah pokok kelmarin terus mencetuskan polemik apabila ada yang menyatakan ia sah atau tidak. Tetapi yang jelas pihak UMNO menyatakan bahawa persidangan itu menghina Sultan. Mengapa mereka menggunakan Sultan? UMNO sudah banyak menghina Sultan. Kenapa tidak diberikan balik kepada rakyat untuk menentukan tampuk pemerintahan perak? Rakyat semakin keliru. Biar mereka tentukan, jangan serah kepada mahkamah kerana mahkamah bukan tentu seperti pilihan rakyat. Pokok di hadapan SUK Perak pasti satu sejarah penting. Biar rakyat Perak buat sejarah y

Bahasa ku

Image
"Kalau ada calon (dalam pilihan raya nanti) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka." Itulah kemarahan A Samad Said. Walaupun kita mendengar bahawa keputusan peperiksaan dengan menggunakan Bahasa Inggeris semakin baik seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pelajaran pada setiap keputusan peperiksaan awam, tetapi adakah pelajar menjawab dengan menggunakan bahasa Inggeris? Adakah Bahasa Melayu bukan bahasa ilmu? KIta telah melahirkan ramai doktor, jurutera, peguam dan ramai ilmuan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuktikannya. Prof. Shahrir Mohammad Zain, seorang pakar matematik telah mengajar ramai pelajar dengan menggunakan Bahasa Melayu semasa mengajar di UKM. Adakah mereka tidak mampu bersaing? Kenapa kelemahan Bahasa Inggeris perlu ditampung dengan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris? Adakah guru-guru yang mengajar mampu berkomunikasi dengan baik

Tempat Riadah

Image
Inilah pandangan Pahlawan Lake Resort dari udara. Tasik yang luas sesuai untuk banyak aktiviti. Bukan nak tolong iklan, tetapi selama program 2 hari 1 malam di sana, dilihat banyak peralatan di tepi tasik yang cantik ini tidak dijaga dengan baik. Mungkin perlu dibuat sesuatu agar tidak menjolok pandangan mata. Harap maaf dengan pandangan ini.

Siapa Pandai?

Setelah pulang dari Pahlawan Lake Resort, tempat aku membawa pelajar-pelajarku dalam program "Pemantapan Siasah", aku membuka komputer. Aku terjumpa dan terbaca satu cerita. Aku rasa ceritanya agak menarik. Aku ingin kongsi dengan anda sekalian... Seorang peguam dan seorang wanita cantik duduk sebelah menyebelah dalam satu penerbangan jarak jauh. Peguam itu cuba menarik perhatian wanita itu dengan mengajaknya bermain satu permainan yang menyeronokkan. Wanita itu letih dan menarik selimut yang menyelimutinya dan menolak perlawaan itu dengan baik. Peguam itu masih mendesak dan menyatakan permainan itu amat menarik. "Saya bertanya anda, dan jika anda tidak dapat menjawabnya saya akan membayar RM5. Jika giliran anda bertanya saya, dan saya tidak dapat menjawab saya akan membayar kamu RM500." Aturan permainan itu menarik perhatian wanita berkenaan, dan untuk tidak terus diganggu dia setuju untuk bermain permainan tersebut. Peguam yang mula bertanya,"Berapakah jarak