Siapa?

Hari ini, calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang akan diumumkan. Inilah pengumuman yang calon yang terakhir daripada semua calon parti politik yang akan bertanding dalam PRK pada 7 April nanti.

Pakatan Rakyat di Bukit Selambau dan Batang Ai serta BN telah mengumumkan calon masing-masing. Siapakah calon PAS di Bukit Gantang? Ini pasti menarik kerana kawasan parlimen ini akan menentukan kesan daripada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tempoh hari. Adakah rakyat akan marah kepada BN? Atau rakyat akan pilih BN? Kesannya cukup penting.

Di kawasan Bukit Selambau, semua pihak sudah bersedia. Walaupun disebut akan ramai calon bebas, tentu cabaran dan tentangan akan dilihat daripada calon BN dan Pakatan Rakyat. Kita berharap rakyat akan membuat pilihan mereka dengan bijak, bukan dipengaruhi oleh isu yang tidak tepat.

Kita berharap semua pihak akan berkempen dengan baik memandangkan rakyat hari ini merupakan rakyat yang tahu hak mereka. Bukan rakyat yang boleh ditipu dengan isu tidak benar.

Calon parti politik yang dipilih akan membawa harapan mereka ke DUN dan Parlimen. Mereka akan memilih yang terbaik bagi mewakili mereka. Selamat mendaftar sebagai calon pada 29 Mac ini dan berkempenlah dengan baik.

Kita tunggu siapa yang akan bergelar YB pada 7 April nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR