Posts

Showing posts from June, 2010

Periksa

Kementerian Pelajaran telah membuat cadangan untuk memansuhkan Peperiksaan UPSR dan PMR. Tentu cadangan ini mendapat sokongan dan bangkangan. Secara peribadi, saya menyokong cadangan ini, cuma perlu satu mekanisma baru untuk memilih pelajar ke sekolah asrama penuh. Pihak kementerian mungkin boleh mengadakan peperiksaan memasukki sekolah agama, sekolah sains dan seumpamanya pada masa yang sama. Kini pelajar juga terpaksa menduduki ujian memasuki sekolah asrama penuh. Dengan ini maka pelajar yang ingin memasuki sekolah asrama penuh hanya menduduki peperiksaan berkenaan. Kini tekanan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dan ibubapa bagai memenuhi keperluan lulus peperiksaan UPSR dan PMR. Kos yang terpaksa ditanggung oleh waris juga tinggi kerana pembiayaan untuk kelas tambahan kerana ingin melihat anak masing-masing mendapat 5A bagi UPSR. Begitu juga untuk dapat 8A atau 9A untuk PMR. Dengan itu pengisian pelajaran moral dan agama boleh ditambah di peringkata sekolah rendah.

Betulkah semua yang hadir ulama muda umno

Nampaknya UMNO memang berharap dapat menarik orang Melayu terus menyokong mereka dengan berita Ulama Muda Masuk UMNO dan penarikan balik kelulusan lesen judi bola. Tetapi betulkah individu yang hadir pada tarikh berkenaan menyertai UMNO. Kita boleh dapat beritanya disin i. Pagi ini saya menghadiri satu sidang media oleh seorang yang hadir pada masa berkenaan dan ada gambarnya dalam Sinar harian Sabtu lepas. Beliau adalah Ustaz Abdul Wahab, tujuannya ke sana bukan untuk menyertai UMNO. Beliau telah membuat penafian dalam sidang media berkenaan. Nampaknya, macam DS Shahidan Kassim sedang mengumpulkan kekuatan untuk mendapat tempat kembali dalam pemerintahan di Perlis. Beliau terpaksa menunjukkan pengaruhnya masih besar. Dengan menarik ulama muda ini menunjukkan bahawa beliau ada pengaruh. Mungkin yang ramai hadir juga tidak mengisi borang UMNO. Mungkin hanya beberapa borang sahaja dalam sampul berkenaan?

Memilih

Bukan nak menyebok , kerana seseorang itu boleh memilih jalannya sendiri. Mereka boleh memilih kemana tujuan mereka. Mereka adalah orang cerdik. Beliau dianggap sebagai seorang yang mempunyai pendirian mencari kebenaran tentu akan membuat pilihan dengan hati-hati. Tetapi tidak semestinya pilihan itu yang baik kerana orang yang terpaksa memilih selalunya terpaksa mengorban sesuatu. Itulah hakikat dalam kehidupan, adakalanya terpaksa memilih dan adakala kita membuat pilhan tertentu kerana tujuan tertentu. Selamat memilih kepada Dr Maza.

Jasa Jadi Kenangan

Semalam penyokong PAS dikejutkan dengan berita perginya bekas pemimpin yang dikasihi Ustaz Hasan Sukri menemui pencipta. Al Fatihah. Saya masih terbayang suasana Ustaz Hasan di Muktamar PAS ke 56 di Kota Bahru. Beliau berada di pentas sebagai Ahli Majlis Syura. Beliau merupakan seorang pejuang sejati, dianggap sebagai perlembagaan bergerak PAS. Jasanya tetang dikenang, seorang yang berjuang hingga ke akhir hayat. Semoga perjuangannya akan menjadi satu catatan penting yang akan diambil iktibar oleh pejuang masa ini dan hadapan.

Perjuangan

Image
Ingatan untuk sahabat yang berjuang di Palestine. Bantuan yang cuba dhantar kepada anda dihalang. Seluruh dunia menentang halangan tersebut, tetapi mereka seolah-olah tidak kisah. Kenapa? Mereka dilindungi oleh kuasa besar. Teruskan perjuangan anda. kami bersama mu.

Kabinet 1Malaysia

Tahniah kepada yang akan menjalankan tugas sebagai menteri dan timbalan menteri mulai Jumaat ini. Anda telah berjaya mendapat kepercayaan PM. Kenapa ramai sangat senator. Kenapa Ahli Parlimen yang dipilih rakyat kurang diyakini PM? Kenapa ramai dari MCA, ingin menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada BN? Wakil UMNO pun tak dak Pasai apa ketua pemuda UMNO tidak dipilih? Teruk betui ketua pemuda UMNO kali ni sampai PM tak nampak dia untuk isi kekosongan dalam kabinet. Nampaknya selepas ini, ahli parlimen yang tidak dapat kepercayaan PM tak payah bertanding, menang pun tak dapat jadi menteri. Baik kalah dapat jadi menteri macam Sharizat tu. Rakyat lebih baik pilih PR pula dalam Pilihanraya lepas ni supaya senang rakyat melihat menteri daripada kalangan yang dipilih mereka. Walau bagaimanapun selamat bertugas dengan jujur dan amanah kerana anda dibayar oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Bukan jaga kepentingan para menteri dan perniaga sahaja.

Israel!

Israel memang kejam, semua orang tahu Israel memang kejam, ramai rakyat Palestin yang menjadi mangsa. Kini Israel semakin kejam, bantuan untuk anak-anak Gaza di serang di lautan antarabangsa, memang kejam, memang kejam. Dunia perlu bersatu untuk menghadapi Israel, jangan bagi muka kat Israel. Marilah bersama berdoa untuk agar Israel hancur.....