Posts

Showing posts from June, 2009

Bersiap Sedia

Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan. Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai. BN pula dijangka akan mengumumkan nama calon mereka malam ini. Siapakah calon BN? Sama-sama nantikannya. Walaupun siapa calon BN, petugas PAS dan Pakatan kena kerja keras kerana mereka akan menyerang PAS dengan dengan jentera yang mereka ada. Oleh itu, semua kena bersiap sedia dengan segala perancangan BN.

Masjid Tidak Mesra Pelanggan?

Image
Pada hari Jumaat yang lepas, saya ke masjid bersama keluarga untuk sembahyang asar. Ketika kami sampai, hujan amat lebat sekali. Kami terpaksa menunggu dalam kenderaan. Walaupun mempunyai payung, tetapi hujan yang lebat itu menyukarkan kami keluar dari kenderaan. Saya lihat ada juga keluarga lain yang menghadapi masalah yang sama. Selepas menunaikan fardu Asar, kami pun meninggalkan masjid berkenaan. Penulis melihat bahawa masjid kita banyak yang kurang mesra jemaah. Dalam keadaan hujan yang begitu, mengapa tidak dibuka tali penghadang 'porch' bagi memudahkan jemaah menurunkan anak-anak mereka? Ada lagi beberapa peraturan yang dilihat di masjid seperti peraturan dipejabat, saya cuba turunkan di sini: 1. Tidak dibenarkan mengecas hand phone di dalam masjid. Kalau orang musafir singgah sekejap, kenapa tidak dibenarkan mengecas telefon bimbit mereka? 2. Tidak dibena rkan menyusukan anak di dewan sembahyang. Dimanakah tempat menyusu anak bagi ibu yang menyusu badan? Ad

Selesai dah

Image
Kepimpinan Pas telah membuat keputusan menolak kerajaan perpaduan. Selesai sudah satu kisah. Lepas ni pakat-pakat pi Manik Urai pula. Pakat-pakat kuburkan Umno di sana. Jangan dok laga-laga pemimpin kami. Kami tetap akan bersama kepimpinan yang berjuang dengan penuh istiqamah. Tegas dalam semua tindakan. Islam kekal asas perjuangan.

kerajaan perpaduan.......

kerajaan perpaduan, kerajaan perpaduan, kerajaan perpaduan, semua orang mahukan perpaduan, adakah umno menunjukan kesungguhan untuk berpadu, semua orang nampak umno hanya nak pecahkan pakatan dengan isu kerajaan perpaduan, mengapakah minta pas lupa peristiwa disepak keluar dari bn, peristiwa yang jadikan pas terpaksa menempuh cabaran dengan yang berat, hilang kerajaan dan rakan, kerajaan perpaduan perlukan kesungguhan dalam pakatan, bukan dengan umno yang suka makan kawan, kepimpinan perlu tunjukan jalan, agar pas teruskan perjuangan, orang bukan islam sudah dekat dengan pas, biar mereka kenal politik islam, jangan nanti kata kita hilang haluan, susah nanti dipercayai rakan. berbincanglah dengan siapa sahaja, asas perjuangan jangan ditinggalkan, agar pas diyakini oleh semua, pas untuk semua.

Jika Pas dikatakan ikhlas, UMNO?

Image
Hari sebuah akhbar arus perdana menyiarkan berita tentang keyakinan DS Najib bahawa Pas ikhlas tentang kerajaan perpaduan. Sejarah telah membuktikan keikhlasan Pas. Pertama, ketika menyertai kerajaan campuran Pas-perikatan awal 1970-an. Kedua, menyertai Barisan Nasioanal ketika ditubuhkan. Tetapi parti apakah yang menyingkirkan Pas selepas itu hingga Pas hilang kerajaan di Kelantan? Ketiga, Pas bersama Parti Melayu Semangat 46 dan tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummmah (APU). Pas membuktikan kesungguhannya dalam ikatan ini. Parti manakah yang "membubarkan dri sendiri" dan meninggalkan Pas dalam APU. Keempat, Pas bersama Parti Keadilan Nasioanal dalam Barisan Alternatif bagi menghadapi BN dalam PRU 1999 dan 2004. Keempat, Pas bersama DAP dan PKR menghadapi BN dalam PRU 2008. Pas telah membuktikan keikhlasannya dengan semua parti yang telah bersamanya. UMNO bagaimana? Bagaimana tindakan UMNO yang menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan 1978? Penulis merasakan rakyat Kelantan belum d

Saf Pemuda Pas

Selepas PAS pusat membentuk kabinetnya minggu lalu, maka DPPP pula telah membentuk kabinet mereka. Kita berharap Pemuda PAS akan terus menjadi kumpulan yang akan mendokong pergerakan Islam tersebut. Mereka akan menegur apa yang tidak betul dilakukan oleh kepimpinan. Pemuda mesti terus berada dihadapan dan bersama rakyat agar kehadiran Pemuda Pas dirasai oleh rakyat. Selamat berjuang untuk semua.

Mula Bekerja...

Image
Setelah habis bermuktamar di Shah Alam dan telah membuat pemilihan kepimpinan yang baru, kita melihat bahawa ada angin yang menggoncang PAS akhir-akhir ini. Seharusnya ahli-ahli PAS menyusun saf untuk berhadapan dengan UMNO/BN. Pilihanraya kecil Manik Urai di Kelantan adalah sebagai penunjuk usaha PAS menjatuhkan UMNO. Pakatan harus memulai kerja untuk menghadapi UMNO. Sekarang semua pih ak cuba bercakap, dan isu yang ditimbulkan telah memecahkan semangat sahabat-sahabat dalam Pakatan. Semua boleh besuara tetapi tentukan batasannya. Sekiranya batasan dalam bersuara ini tidak dikawal, mungkin yang paling gembira ialah BN. BN sudah hampir ke penghujung hayatnya. Banyak parti kompenannya sudah bermasalah. Jadi Pakatan sepatutnya menambahkan masalah dalam BN, bukan bermasalah sesama mereka. Jadi fikirkanlah harapan rakyat kepada Pakatan.

Kabinet PAS

Setelah lama tidak menulis dan melihat maklumat di sesawang, maka hari ini saya melihat berita tentang "kabinet" baru PAS selepas muktamar. Tahniah kepada yang telah dilantik . Anggaplah ini amanah yang besar untuk membawa PAS dalam pesada politik negara. Tahniah kepada sahabat lama, ADUN Paroi yang turut dilantik menganggotai barisan kepimpinan tertinggi pAS. Selamat berjuang. Diatas anda semua matlamat perjuangan PAS yang dibawa. Ingatlah bahawa kami akan sentiasa menegur semua yang dilantik dan dipilih sekiranya lari dari dasar perjuangan Islam yang kita cintai.