Posts

Showing posts from October, 2012

Logo Baru

Image
PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS. Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat. Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya? Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak. logo lama logo baru Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang ter

Kerjasama

Image
Kini banyak pihak cuba memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Serangan banyak ditujukan kepada Pas kerana mereka berkata bahawa Pas sudah lari daripada tujuannya nak menegakkan Islam kerana bekerjasama dengan DAP. Kenapa pihak-pihak berkenaan hendak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Tentu ada banyak sebab. Sebab yang paling mudah ialah jika PR berpecah maka BN masih lagi mampu untuk menang dalam PRU13 nanti dengan lebih mudah kerana musuh sudah berpecah. Adakah Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal? Rasanya tidak kerana Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya. DAP juga menghormati dasar perjuangan PAS. Yang dok kacau la ni UMNO, pasai tu depa harap Pas akan berpecah dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka menyatakan bahawa DAP menentang hudud. Awat, UMNO pun dulu tak mau HUDUD dan dok ancam orang bukan Islam supaya tak sokong pasai Pas nak buat Hudud. Sekarang yang agak lantang menentang Hudud adalah MCA, kawan baik UMNO. Pasai UMNO ta

Kacau Pulak.

Image
Penulis bukan orang besar dalam Pas, tetapi menyokong perjuangan Pas. Melihat jatuh bangun Pas. Walaupun begitu, kini dilihat bekas Timbalan Presiden Pas pula nampak kerap menyerang Pas. Pasai apa YB Nasha? Kalau betul nak tegur Pas sudah lari dari perjuangan, YB berada dalam Majlis Syura, AJK Pas Pusat, Kenapa tidak gunakan medan itu untuk menegur? Kenapa menggunakan medium lain yang boleh menyebabkan orang menyerang Pas? Harap YB dapat mengambiltindakan yang sepatutnya kerana YB menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil sebagai idola.  Yang lain tu tak kisah Zahid hamidi ka atau MP Kulim Bandar Baru, biarla depa nak kata apa, pasai depa pun bukan ada hubungan dengan PAS. Awat nak tunjuk baik sangat? Pasai apa pula ada yang dok kata Pas dan DAP tak boleh dok sekalai kerana dasar depa tak setuju dengan hudud. Awat pula selama ni UMNO dok takutkan orang bukan Islam, kalau sokong Pas nak kena buat Hudud? Apa yang pasti, yakinlah dengan kepimpinan yang telah dipilih, kalau nak teg