Posts

Showing posts from August, 2009

Aku Rasa.....

Hari ini sudah 6 hari umat Islam berpuasa. Sudah 2 hari pengundi di Permatang Pasir membuang undi dan memilih wakil mereka. BN kalah lagi. Sudah 2 hari juga Kartika dibebaskan kembali dari dimasukan kedalam penjara. Sudah 71 orang yang meninggal kerana H1N1. Dr. Chua Soi Lek dipecat dari MCA. ADUN PKR Lunas keluar parti. Semuanya adalah antara rencah yang ada dipermulaan puasa tahun ini. PRK Permatang Pasir telah menyaksikan (pada pendapat penulis), tiada perubahan dari segi pola pengundian. Itu secara pandangan kasar, kerana jumlah pengundi yang berkurang, jumlah undi kedua-dua parti juga berkurang dan majoriti pastinya berkurang. Yang pasti pengundinya tetap memilih parti yang sama. Rasanya tidak ada kesan apa-apa dari kempen yang dijalankan. Pengundinya mengekalkan undi mereka seperti Mac 2008. Oleh itu, mereka tidak "makan" dengan isu pembangunan yang dibawa BN. Mereka selesa dengan keadaan yang ada. Mereka boleh melihat kemajuan disekeliling mereka, tetapi siapa yang &qu

Selamat datang Ramadan

Image
Esok (Sabtu), kita akan mulai berpuasa. Kita akan menyambut bulan Ramadan ini dengan isu kesihatan yang belum selesai iaitu H1N1. Kematian sudah 68 orang. Kita berharap dengan Ramadan yang berkat ini, penyakit ini akan berkurangan. Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa virus ini akan mutasi. Kebersihan hati dan jiwa dalam bulan mulia ini disamping berdoa kepada Allah sebagai jalan menghindari penyakit ini. Ujian atau bala dari Allah ini harus dijadikan pengajaran. Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu, DIA tetap akan memberikan yang terbaik untuk makhluk-Nya. Selamat Datang Ramadan. Kami merindui kehadiran mu.

Calon-calon, Mesti Bersedia..

Image
Hari ini, saya terbaca berita yang menyatakan bahawa pemuda Pas dan PKR akan sokong calon BN. Ketua Pemuda UMNO ini cuba mengalih isu tentang masalah calon BN dengan menarik perhatian bahawa pemuda Pakatan akan sokong calon BN. Nampaknya dalam usaha untuk mengalih isu calon BN yang semakin kalut, isu ini cuba ditimbulkan. Adakah kemerosotan undi Pakatan akan lebih besar di Permatang Pasir berbanding Manik Urai? Dalam masa 3 hari lagi waktu berkempen, tentu akan ada banyak lagi isu tentang calon akan dikeluarkan. Nampaknya isu integriti calon menjadi fokus utama di Permatang Pasir. Seseorang pemimpin mesti bersedia, jika benar, untuk berhadapan dengan semua isu yang timbul. Mereka mesti berani dan bertindak dengan penuh keyakinan. Tetapi sebagai seorang Islam, bercakap benar itu lebih baik. Rakyat perlu seorang pemimpin yang benar dan berani. Seorang pemimpin mesti bersedia dalam semua keadaan. Mereka mesti bersedia menerima hukuman rakyat yang akan mengundi pada hari Selasa nanti. Rak

Kota Siputeh

Image
DUN Kota siputeh berada dalam Parlimen Jerlun bersempadan dengan negeri Perlis. Pekan utama ialah Padang Sera dan Kodiang. Sehari dua ini menjadi tajuk utama sama ada perlu diadakan pilihanraya kecil atau tidak. Perbincangan dari perspektif undang-undang juga dibincangkan. Dalam pilihanraya 2008 yang lalu, BN menang dengan majoriti 495 undi. Kawasan ini memang kawasan yang dikuasai oleh BN sejak dahulu. Sekiranya berlaku pilihanraya kecil, tugas Pakatan pasti berat. Kita berharap satu keputusan yang berdasarkan undang-undang akan diputuskan oleh SPR. Sebelum itu, pastikan usaha untuk mempertahankan Permatang Pasir diusahakan bersungguh-sungguh. Usaha BN nampaknya amat luar biasa kali ini.

Kembali Kepada Islam

Image
Wabak H1N1 yang menimpa manusia hari ini mungkin amaran dari Allah terhadap gelagat manusia akhir zaman. Manusia semakin jelas melarikan diri jauh dari Allah. Korban virus ini juga semakin ramai di seluruh dunia. Salah satu cara mencegah H1N1 adalah dengan memakai penutup muka. Penulis perhatikan muslimah yang memakai purdah tidak perlu mencari penutup muka kerana amalan yang sudah biasa diamalkan. Islam sudah menjadi contoh kaedah pencegahannya. Sekarang sudah nampak ramai yang pakai penutup muka macam pakai purdah. Bukan tutup muka macam dua orang yang dituduh bunuh seseorang yang di bicara lama tu. Itu sembunyi diri. Kembalilah kepada Islam nescaya kita selamat. Yakinlah, kerana Allah mencipta manusia maka DIA tahu apa yang terbaik untuk manusia yang dicipta-Nya.

Debat

Nampaknya isu calon BN kat Permatang Pasir telah dan akan menjadi tajuk perbincangan dalam PRK ini. Isu integriti calon akan menjadi liabiliti kepada BN. Nak jadi calon kena siap sedia. Orang pasti akan serang sebab inilah kesempatan yang ada. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayob mencabar Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi berdebat tentang calon BN tersebut. Ini bagi menjelaskan kepada pengundi Permatang Pasir tentang salah adab calon yang bertanding tersebut. Nak terima ka tak nak terima? Zahid orang yang memegang jawatan Menteri Pertahanan kena sanggup terima perlawaan tersebut. Macam mana Menteri Pertahanan tak berani?

Satu lagi PRK?

Sekiranya benda ini berlaku, iaitu terjadinya PRK Kota Siputeh maka dekat sikit nak pi tengok. La ni banyak pilihanraya yang jauh, dekat sikit pun kat Bukit Selambau. Kalau terjadi, boleh tengok orang Kota Siputeh macam mana, nak kalih ka dak? Ini kawasan BN sejak dulu. Eh, Eh, kira dok sibuk kat Permatang Pasir, tiba-tiba ada cerita kat Kota Siputeh.

Hanya dua yang serah borang

Image
Sehingga pukul 11.00 pagi tadi hanya 2 orang calon iaitu calon PAS dan BN yang menyerahkan borang pencalonan. Kini waktu bantahan. Masih menunggu pengumuman calon. TERKINI : 11.30 pagi : SPR telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

Penantian.. malam nanti tau la

Image
Malam ini, PAS dan BN akan mengumumkan calon mereka yang akan diletakan harapan untuk mendapat undi dari pengundi di Permatang Pasir. Seorang calon Bebas telah menyatakan kesediaan untuk bertanding. Katanya sudah ada peruntukan RM100,000. Nampaknya "Dare to Fail" kawan kita ni. Kita mungkin akan melihat ramai penyokong kedua-dua pihak yang akan turun pada hari Isnin nanti. Semoga semua berjalan dengan baik tanpa provokasi mana-mana pihak. Dengan pengenalan calon, maka gerak kerja akan bermula. Rakyat di Permatang Pasir pasti akan menerima kunjungan orang ramai selepas ini selama 8 hari. Tentu mereka akan dilayan dengan baik oleh pemimpin yang akan bersama mereka nanti.

Kuarantin

Image
nota: Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Asri (Rabbani) yang telah kembali menemui Maha Pencipta, "DariNya kita datang, kepada Nya kita kembali". Semalan dilaporkan bahawa tujuh lagi kematian berkaitan dengan Influenza A(H1N1) disahkan, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang. Ini menunjukkan bahawa jumlah kematian semakin meningkat dan banyak sekolah yang telah ditutup . Berita dari sini . Kebimbangan setengah ibu bapa menyebabkan mereka tidak menggalakkan anak-anak ke sekolah, takut berjangkit. Dari yang diperhatikan, mungkin terlepas pandang, orang dalam penjara tidak ada yang terlibat dengan kematian H1N1. Mungkin mereka cukup di kurantinkan. Mungkin lebih baik buat macam kita dipenjara, iaitu tak keluar rumah supaya tidak dijangkiti penyakit ini, bala dari Allah. Banduan agak terselamat dari wabak ini. Mungkin Allah memberikan peringatan kepada makhluk-Nya dengan penyebaran virus ini bahawa mereka perlu kembali kepada Islam. Jauhi segala laran

Nasib Rakyat

Image
Pagi ini, penulis bersama rakan singgah untuk minum pagi di pekan Mata Ayer. Hari ini pekena nasi dengan gulai ikan temenung. Sambil makan, ada perbincangan di meja sebelah. Mereka berbincang tentang 1MALAYSIA. Mereka menyebut bahawa rakyat bawahan semakin tertekan. Ini kerana kenaikan harga insuran untuk kereta lama. Rakyat susah terpaksa menanggung kos yang tinggi. kenaikan itu tinggi hampir 100 peratus dari nilai tahun lepas. Ini tentu membebankan rakyat. Ada yang bercadang supaya para menteri cuba turun bawah. Biar mereka cuba hidup dengan pendapatan rakyat bawahan. "Menteri tak pa la, depa boleh kata dapat semua free." kata salah seorang dari mereka. Ada yang berkata "Nak minta rakyat patriotik, pasang bendera, tapi depa tak tengok kesusahan rakyat bawahan." Nampaknya rakyat bawahan semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan akhir-akhir ini. Itu tak kira harga minyak, harga pengangkutan dan barangan yang akan meningkat. Nasib rakyat Malaysia, 1Malaysia , s

Macam Tu Dah

Semalam penulis ada melihat berita tv tentang PPSMI. TS Muhyiddin Yassin menyebut bahawa PPSMI akan dihapuskan secara berperingkat. Baca di sini . Yang hampa pi laksana dulu ni tak pernah tanya cikgu cukup ka? silibus dan ada ka? tapi bila nak hapus secara berperingkat-peringkat sampai 2016 nu. Tu dia lama ambil masa. Kenapa di biarkan guru-guru teraba-raba ketika memulakan dasar ini dulu. Tahun 2003, buku teks belum ada tetapi guru terpaksa mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Macam mana dikatakan pejuang Melayu sedangkan dalam sidang akhbar tu guna Bahasa Inggeris. Menteri negara luar, mereka menggunakan bahasa ibunda mereka ketika memberikan sidang akhbar (macam dok tegok dalam tv). Menteri kita tidak menggunakan Bahasa Malaysia ketika ditemuramah tetapi megah menggunakan Bahasa Inggeris. Kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan terhadap permintaan rakyat. Rakyat akan ajar mereka dalam PRU13 nanti. InsyaAllah. Gunalah Bahasa Inggeris ketika berbual di pejabat ka, rumah

Calon-calonnya ialah....

Image
SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Permatang Pasir ialah pada 17 Ogos 2009 iaitu hari Isnin. Sekarang tumpuan akan diberikan kepada siapakah calon-calon yang akan bertanding. BN yang akan diwakili oleh UMNO, manakala Pakatan Rakyat akan diwakili oleh PAS. Calon yang akan dikemukakan oleh parti yang bertanding nanti tentu mendapat perhatian umum. Adakah akan muncul calon-calon BEBAS? Rasanya lebih baik simpan duit deposit tu buat duit raya, kerana calon BEBAS sukar untuk mendapat sokongan daripada rakyat kerana mereka lebih menyokong parti. Calon-calon nanti akan tentu mendapat liputan yang besar kerana PRK menjadi tumpuan seluruh negara. Mereka ingin melihat adakah BN mampu menurunkan majoriti yang didapati calon PAS seperti di Manik Urai? Adakah Rakyat mulai menyokong 1Malaysia? Disamping itu, berapa banyakkah laungan "Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu" akan dilaungkan oleh UMNO kerana mereka nak tunjukkan sokongan kepada Timbalan Presiden mereka. Sama-samalah kit

Mengundi di Permatang Pasir

Image
SPR telah mengumumkan bahawa PRK Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009. Penamaan calonnya pula adakan diadakan pada 17 Ogos 2009. Hari mengundinya hari Selasa. Suka sungguh SPR dengan hari Selasa, pasai apa tak tau. Kalaulah hari mengundi diadakan pada hari cuti apa salahnya. Selamat mengundi untuk pengundi Permatang Pasir, harap mengundilah dengan penuh keikhlasan. Lepas ni kita boleh tengok para menteri turun bendang tolong tabur padi, tabur baja, menyulam serta mesin bendang orang Permatang Pasir. Kalau di Manik Urai dulu, menteri turun menoreh getah boleh turun majoriti sampai 65 sahaja, kemungkinan ini akan dibuat di Permatang Pasir.

Sama Bentuk ja

Image
Lihat dua gambar di atas, nampak gaya macam sama. Tapi yang di bawah tu, ramai yang kata membazir dan mengagung pemimpin secara keterlaluan. Yang atas tu macam mana?

Minta saman

Ada orang takut kena saman, ada orang minta di saman . macam-macam dunia ni. Orang UMNO (nama pun tak Melayu), minta mereka juga di saman oleh DS Anwar yang dikatakan akan menyaman TS Muhyiddin Yassin kerana menyatakan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa". Berani depa minta orang saman no.. Kita nak tanya UMNO yang namanya macam bukan Melayu tu, Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi yang menjadi tulisan awal orang Melayu? Siapakah yang nak PPSMI? Berapakah banyak ekuiti Bumiputera dalam 50 tahun pemerintahan UMNO? Siapakkah yang tak berapa reti cakap Melayu apabila di wawancara oleh media tempatan? Dimanakah Bahasa Melayu dihargai? Kita mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana sanggup disaman. Ini jelas menunjukkan la ni betui 1UMNO. Nampak macam bersatu, tapi bergaduh macam Shahidan dan Mat Isa di Perlis tu. Selamat berjuang untuk Melayu, tapi jelas mereka juga semakin hilang Melayu.

26 Dah!

Bilangan kematian yang tinggi telah diumumka n iaitu lapan menjadikan jumlah yang mati akibat virus ini menjadi 26 orang. Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan memberikan cuti kepada rakyat sehari agar tinggal di rumah masing-masing. Biar kita berehat dan segala aktiviti dihentikan seketika. Adakah kita lebih pentingkan ekonomi berbanding dengan kesihatan rakyat? Adakah kita mengira nilai RM100 juta hingga juta-juta tanpa mengira nyawa rakyat yang terancam dengan virus ini. Tidak dinafikan bahawa kematian ini masih kecil berbanding dengan jumlah rakyat negara ini. Tetapi kerajaan dan rakyat harus mengambil tindakkan yang pro aktif agar virus ini tidak menular. Adakah kita menunggu hingga satu daerah atau negeri akan lumpuh dengan virus penyakit baru kita bertindak?

Rakyat Semakin Risau.

Image
H1N1 semakin menakutkan, kes dan kematian semakin meningkat. Kerajaan masih berharap rakyat bertenang. Sudah banyak institusi yang telah ditutup atau diberikan cuti. Kita boleh lihat berita di sini , di sini , disini , di sini dan disini . Daripada be rita yang muncul diakhbar itu menunjukkan kebimbangan rakyat makin meningkat. Tindakan tegas itu adalah perlu bagi mengawal virus ini dari berjangkit. Semalam saya ke klinik, saya lihat ramai yang hadir untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Ada yang memakai "mask". ramai yang batuk. Ini tentu membimbangkan masyarakat. Masing-masing kena ambil tindakan untuk menjaga kesihatan.

H1N1 - Kematian makin meningkat

Image
Dilaporkan oleh akhbar , bahawa kematian akibat virus H1N1 makin meningkat dan terus meningkat . Kerajaan patut mengambil tindakan yang berkesan supaya virus ini tidak menular. Rakyat semakin risau untuk terlibat dalam aktiviti sosial, kerana takut dengan virus ini. Kerajaan patut menjelaskan status terkini dengan jelas kepada rakyat. Ada seorang rakan berjenaka, mungkin gas yang dilepaskan di KL pada 1 Ogos itu dapat menghalau virus ini. Kalau begitu, yang terkena gas hari tersebut, tentu boleh menarik nafas lega. Rakyat menanti tindakan berkesan dari kerajaan.

Tentu Baik Punya Layanan

Kita belum tahu, bila tarikh PRK Permatang Pasir kerana SPR hanya akan bermesyuarat nanti. Adakah tarikhnya sebelum puasa (mungkin mustahil), bulan puasa atau selepas raya? Semua akan diputuskan oleh SPR. Yang pastinya penduduk DUN Permatang Pasir akan dikerumuni oleh pemimpin politik sama ada dari Pakatan atau BN. Rakyat kawasan ini tentu akan menjadi orang yang mendapat habuan yang besar pada bulan Ramadan nanti. Walau apa pun tarikhnya, penduduk Permatang Pasir akan dilayan dengan penuh istimewa oleh pemimpin politik nanti. Tentukan pilihan anda nanti...

Buktikan, kami nak tengok..

Image
Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kita minta dia buktikan tuduhannya. Ini kerana dia tentu berupaya membuktikan katanya kerana sumber maklumat penerangan yang lengkap. Selaku seorang menteri yang bertanggungjawab dengan penerangan dan komunikasi beliau tentu mempunyai sumber maklumat tersebut. Rakyat nak tengok bukti itu, serta buktikan kebenarannya. Kita masih ingat satu ketika dulu ada menteri yang kata ada lagi 18 kes berprofil tinggi nak dibawa ke mahkamah. Mana kes-kes tersebut? Senyap sampai sekarang. Buktikan kebenaran kata-kata tersebut kerana sebagai seorang yang berpendidikan undang-undang, bukti mesti jelas.

ISA, Rakyat minta hapuskan!

Image
1 Ogos 2009, berkumpul rakyat di KL untuk menghantar memo kepada YDP Agong, meminta ISA dihapuskan kerana ia adalah undang-undang yang menyekat rakyat mendapat keadilan. Himpunan yang ramai itu telah mendapat sambutan yang baik dari rakyat. Walaubagaimanapun, banyak sekatan untuk rakyat sampai le sana. Sebagai kenangan disini dimasukan beberapa gambar sebagai gambaran sambutan rakyat dan sambutan pihak berkuasa. Lihat dan fikirlah sendiri. Didapati ramai anak muda turun dengan penuh kesedaran untuk membantah dasar ini. Teruskan perjuangan anda semua untuk menentang kezaliman undang-undang ini.