Selamat datang Ramadan


Esok (Sabtu), kita akan mulai berpuasa. Kita akan menyambut bulan Ramadan ini dengan isu kesihatan yang belum selesai iaitu H1N1. Kematian sudah 68 orang.

Kita berharap dengan Ramadan yang berkat ini, penyakit ini akan berkurangan. Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa virus ini akan mutasi.

Kebersihan hati dan jiwa dalam bulan mulia ini disamping berdoa kepada Allah sebagai jalan menghindari penyakit ini.

Ujian atau bala dari Allah ini harus dijadikan pengajaran. Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu, DIA tetap akan memberikan yang terbaik untuk makhluk-Nya.

Selamat Datang Ramadan. Kami merindui kehadiran mu.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR