Posts

Showing posts from July, 2013

PRK kUALA BESUT

N1 Kuala Besut berada di kawasan P33 Parlimen Besut, merupakan satu kawasan yang sering dimenangi oleh BN. Ia merupakan kawasan pertama yang akan diadakan Pilihanraya Kecil selepas PRU13 yang lalu. Ini kerana kematian wakil Dun tersebut. Pilihanraya ini penting kerana kedudukan di DUN Terengganu sekarang ialah 16:15 iaitu BN 16 dan PR 15. sekiranya PR menang maka kedudukan adalah 16:16. tentu ia merupakan satu keputusan yang menarik. Cuma sedikit ralat kerana hari pengundian diadakan pada hari kerja iaitu Rabu. Kenapa SPR tidak menentapkan hari mengundi pada hari sabtu kerana pada minggu tersebut semua negeri cuti selama 3 hari. Ini akan memudahkan pengundi luar untuk pulang membuang undi..... pengundi luar mungkin tidak pulang mengundi kerana mereka akan pulang ke kampung pula selepas itu bagi merayakan Aidil Fitri. Ini akan memberikan kesan kepada jumlah pengundi. Walaubagaimanapun, manusia hanya merancang dan ketentuan Allah akan menentukan pemenang pada pengundian