Wednesday, May 1, 2013

Ini Kalilah, UBAH

Penamaan calon sudah berlalu 20 april lalu.... kini menantikan 5 Mei bagi membuat pengundian bagi memilih kerajaan. 

Sejak dari sebelum penamaan calon dan sesudah penamaan calon, media arus perdana terus menyerang PR. DS Najib telah menjelajah ke seluruh negara bagi menarik sokongan rakyat kepada BN.

Manakala PR terus diserang dengan bernagai isu supaya rakyat benci kepada Pakatan yang dilihat sebagai pasukan yang kuat memberikan tentangan kepada BN. rakyat juga telah melihat perubahan sokongan kepada PR. Ini telah menggentarkan BN.

Semoga 5 Mei nanti kerajaan baru akan mentadbir Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia.

Selamat mengundi, dan gunakanlah undi anda sebaiknya.

Sunday, March 24, 2013

Masa

Mungkin sudah terlewat dah ni. Tapi PM kata malam tadi bahawa program janji ditepati beliau talah berakhir. Maka mungkinkah Isnin ini akan terbubar Parlimen?

Kalau lihat sejarah tempoh penggal yang paling lama ialah dari tahun 1969 hingga 1974 dari hari pengundian 1969 dan hari penamaan calon 1974, iaitu melebihi tempoh 5 tahun. Tempoh lain adalah berkurang daripada 5 tahun.

Kenapa lama sangat? kalau 1974 kebanyakkan parti berada dalam BN yang baru ditubuhkan menggantikan Perikatan. jadi tuntutan untuk mengadakan pilihanraya mungkin rendah ketika itu. Tetapi kini rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi kerana merasakan bahwa kerajaan kini perlu ditukar.

Adakah rakyat sudah sedia merubah kerajaan? Secara kasarnya dilihat bahawa rakyat sudah tidak sabar untukmengundi dalam PRU13. Semangat ini semakin memuncak dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya

Kita juga mengharapkan pilihanraya yang akan diadakan nanti bebas dari pengundi yang tidak layak dan berlangsung dalam suasana aman damai.

Masa dah dekat dah... semua kena kerja keras.

Tuesday, January 8, 2013

2013

Tahun 2013, dia dah mai - tahun ni kena ada PRU13. Yang tak pasti bila sahaja. Ada yang kata lepas Tahun Baru Cina. tak kisah bila..... rakyat sudah tidak sabar.

Tak kira bila yang pasti tahun ni, akan ada pilihanraya. Dah ramai tak sabar nak tunggu untuk mengundi. 

Pihak BN nampaknya bersungguh-sungguh menyerang pemimpin Pakatan Rakyat. TG Haji Hadi dengan amanatnya sudah berapa minggu ni di serang keliling oleh media BN - akhbar dan TV. banyak lagi serangan pasti akan dibuat selepas ini.

Tetapi secara kasarnya rakyat juga mempunyai peluang untuk kembali mencari apakah "Amanat Hadi" tu. Pengundi yang lahir tahun 80-an tentu tak tau apa pun pasai amanat tersebut. Ini peluang mereka mencari perkara yang sebenarnya. Benda yang sudah dilupakan rakyat ini dan keluar kembali. Rasanya ia akan memberikan kesan kepada BN - peluru ni akan bidas balik- insyaAllah. Masa yang akan tentukannya.

Himpunan 12 Januari ini adalah satu perhimpunan terakhir tuntutan rakyat supaya pilihanraya yang BERSIH diadakan. Walaupun penganjurnya bukan BERSIH, tetapi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah gabungan semua tuntutan rakyat terhadap ketidakadilan kerajaan sekarang.

Semoga himpunan ini akan menjadi pacuan terakhir rakyat menyatakan kehendak mereka untuk menukar kerajaan dalam pilihanraya nanti....

Lama Dah.......

Tahun 2013 pasti akan menceritakan tentang kesungguhan rakyat mencari pemerintah yang mereka sukai. Rasanya ramai yang dah tak suka dengan BN, banyak yang sudah rongak dalam parti tersebut.

Semoga PRU13 akan melahirkan negara ini ke arah pemerintahan yang lebih telus dan terbuka.......

Monday, November 5, 2012

Berani

Presiden Pas kata dia sanggup bertanding di kubu Presiden UMNO dalam PRU13 nanti jika diarahkan oleh parti. Ini nampaknya satu keberanian yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Menang atau kalah dalam pilihanraya adalah perkara kedua.

Adakah Presiden UMNO berani cadang untuk bertanding di kawaan Presiden Pas? 

 Walaupun perkara ini mungkin sukar berlaku tetapi tidak mustahil. Yang Dipertua Agong Pas pernah bertanding dengan Presiden UMNOsatu ketika dahulu di Parlimen Kubang Pasu. Walaupun tewas dari segi undi tapi ia merupakan satu yang menarik perhatian seluruh negara.

Walaupun pertandingan antara Presiden atau ketua parti jarang berlaku di negara ini, rakyat tetap menantikan satu yang menarik seperti itu.

Yang penting sekarang, walaupun siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti, diharapkan SPR dapat menyediakan satu daftar pemilih yang telus bagi menjanjikan pemerintah negara ini dipilih oleh rakyat yang benar-benar layak mengundi.

Semoga satu suasana pilitik yang lebih telus dapat dilihat di negara ini serta rakyat dapat menjadi hakim yang bebas memilih wakil mereka ke parlimen dan DUN.

Thursday, November 1, 2012

Tahniah!

Ucapan ini ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali kerana dapat menubuhkan rangkaian TV, radia online. IMR - Islam, Melayu dan Raja menjadi tema utama kepada penubuhan syarikat tersebut. (berita)

Semoga cita-cita beliau akan terlaksana. Semoga rangkaian yang beliau bawa benar-benar memberikan penerangan tentang Islam, Melayu dan Raja. Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja kata beliau semasa melancarkan rangkaian tersebut.

Jangan nanti rangkaian ini digunakan untuk menyerang PR pula, tapi untuk BN tak apa.

Beliau marahkan Pas kerana berkawan dengan DAP yang menentang Islam tapi tak kata apa kat UMNO yang berkawan dengan MCA apabila MCA menentang Islam. Dia takmau campur dalam perkara tersebut. 

Baru sebut nak membuat satu rankaian yang mendidik mengenai Islam tapi tak mau campurtangan apabila orang mengatakan tentang Islam tentu satu yang pelik. 

Dimanakah ketegasan beliau itu?

Kita akan nantikan rancangan dalam talian yang akan beliau ketengahkan dalam rangkaian tersebut nanti. Semoga benar-benar memberikan kebaikan.


Friday, October 19, 2012

Logo Baru

PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS.

Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat.

Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya?

Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak.

logo lama

logo baru
Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang terbaik untuk MAS dan tidak merugikan rakyat.

Jangan hanya logo baru, syarikat tetap tak untung.

Sunday, October 14, 2012

Kerjasama

Kini banyak pihak cuba memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Serangan banyak ditujukan kepada Pas kerana mereka berkata bahawa Pas sudah lari daripada tujuannya nak menegakkan Islam kerana bekerjasama dengan DAP.

Kenapa pihak-pihak berkenaan hendak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Tentu ada banyak sebab. Sebab yang paling mudah ialah jika PR berpecah maka BN masih lagi mampu untuk menang dalam PRU13 nanti dengan lebih mudah kerana musuh sudah berpecah.

Adakah Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal?

Rasanya tidak kerana Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya. DAP juga menghormati dasar perjuangan PAS. Yang dok kacau la ni UMNO, pasai tu depa harap Pas akan berpecah dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka menyatakan bahawa DAP menentang hudud. Awat, UMNO pun dulu tak mau HUDUD dan dok ancam orang bukan Islam supaya tak sokong pasai Pas nak buat Hudud.

Sekarang yang agak lantang menentang Hudud adalah MCA, kawan baik UMNO. Pasai UMNO tak tegur parti berkenaan. Patutnya UMNO juga kena jauhkan diri daripada MCA pasai dok tentang Hudud.

Amacam UMNO, mau dak jauhkan diri daripada MCA? Sudah tentu tidak kerana mereka telah bersama sudah lama dan sayang antara satu sama lain.

Walaupun baru bersama dalam PR, DAP menghormati dasar Islam Pas.

jadi kerjasama ini perlu diteruskan supaya BN dapat ditewaskan dan rakyat perlu bersatu menyatakan bahawa BN sudah berkarat dan perlu dijatuhkan dalam PRU nanti. 

Biarakan orang tertentu yang berkokok supaya Pas keluar PR. Kerjasama ini tidak merugikan Pas kerana  ia berpeluang untuk menjelaskan perjuangan Islam kepada parti dalam PR.

Teruskan kerjasama dan bersama ke Putrajaya untuk pemerintahan yang lebih baik dari BN.

Thursday, October 11, 2012

Kacau Pulak.

Penulis bukan orang besar dalam Pas, tetapi menyokong perjuangan Pas. Melihat jatuh bangun Pas. Walaupun begitu, kini dilihat bekas Timbalan Presiden Pas pula nampak kerap menyerang Pas.

Pasai apa YB Nasha? Kalau betul nak tegur Pas sudah lari dari perjuangan, YB berada dalam Majlis Syura, AJK Pas Pusat, Kenapa tidak gunakan medan itu untuk menegur? Kenapa menggunakan medium lain yang boleh menyebabkan orang menyerang Pas? Harap YB dapat mengambiltindakan yang sepatutnya kerana YB menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil sebagai idola. 

Yang lain tu tak kisah Zahid hamidi ka atau MP Kulim Bandar Baru, biarla depa nak kata apa, pasai depa pun bukan ada hubungan dengan PAS. Awat nak tunjuk baik sangat?

Pasai apa pula ada yang dok kata Pas dan DAP tak boleh dok sekalai kerana dasar depa tak setuju dengan hudud. Awat pula selama ni UMNO dok takutkan orang bukan Islam, kalau sokong Pas nak kena buat Hudud?

Apa yang pasti, yakinlah dengan kepimpinan yang telah dipilih, kalau nak tegur tegurlah secara yang baik sebab parti ada saluran. 

Jadi Pas perlu terus dalam Pakatan kerana itu keputusan Muktamar. Harap oarang Pas akan terus istiqamah dan yakin dengan kepimpinan.

Benda yang dok kacau-kacau tu, letak tepi kerana yakinlah bahawa Pas adalah tetap menjadikan Islam sebagai asas perjuangan dan memang banyak ganguan dalam perjalanan bagi menegakkan Islam.

Rasanya DAP dah faham akan perjuangan Islam PAS dan HUDUD.

Tuesday, September 25, 2012

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini

Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR.

PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN.

Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR.

Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya.

adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.