Posts

Showing posts from May, 2012

Tak Jadi Lagi

Ramai dok ingat 14 Mei PM nak bubar Parlimen. Tut tut dia pi luar negara.... tak jadi lagi laa. Inilah suasana yang ada dalam negara ini, kuasa menentukan tarikh bubar parlimen ada kat PM. Jadi rakyat akan terus teka-teki. Nampaknya permainan ini akan terus dikuasai oleh pihak pemerintah, PM akan cari masa yang sesuai baru dia bubar Parlimen.  Awat tak jadi macam negara lain dah tetap bila nak pilihanraya? Hak ni lah yang jadi masalah terutama kepada pihak pembangkang. walaupun rakyat minta supaya pilihanraya di BERSIHkan tidak dituruti, ni kan pula tarikh nak pilihanraya... tentu PM akan terus guna kak istimewa tersebut.  Semoga Pakatan akan bersedia sentiasa dalam menghadapi situasi ini.... rakyat harap bersedia bila-bila masa untuk menjatuhkan BN.....

Layak kah?

Terlihat berita bahawa satu panel penasihat bebas telah ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0. Ia memang baik, tapi bila lihat pengerusi dia rasanya perlantikan itu tak sesuai.  Pengerusi panel ini 20 tahun jadi Ketua Polis Negara, tentunya dia akan dilihat bias kepada polis.  Rasanya lebih baik bagi memperlihatkan kebaikan panel ini, pengerusi yang dilantik tu harap tarik diri. Rakyat ingin melihat satu penyiasatan yang telus, nampaknya bila pengerusi sudah nampak macam tak telus.  Semoga pihak yang melantik dapat lihat perkara ini, nanti orang ramai akan permainkan sahaja panel penasihat ini.  Ini pandangan saya........

Betul ka 66 tahun?

11 Mei 1946, hari kelahiran UMNO - begitulah yang difahami kerana UMNO akan menyambut ulangtahun ke 66 pada tarikh berkenaan. Betulkah UMNO hari ini sudah berumur 66 tahun? Ini kerana UMNO tersebut sudah diharamkan pada 1988 kerana masalah ketika Perhimpunan Agong UMNO apabila Dr M hanya menang 40 undi lebih sahaja ketika menentang Ku Li. Maka sekumpulan penyokong UMNO telah bawa kes tersebut ke mahkamah kerana ada perwakilan yang dianggap tak sah. Maka UMNO pun telah diharamkan di Mahkamah. Selepas itu UMNO (baru) didaftarkan dan mengetepikan keahlian sebahagian dari ahli lama parti berkenaan. Maka serpihan tersebut menubuhkan Parti Semangat 46.  Oleh itu, bolehkan UMNO hari ini menganggap dirinya sudah 66 tahun sedangkan umurnya baru 2012 tolak 1988, jawapannya 24 tahun. kenyataan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang jelas. UMNO jangan cuba menipu rakyat......... Semoga rakyat akan sedar dengan perkara ini. Banyak lagi sejarah yang telah ditutup UMNO......  Maka sejar

Pengkianat

Sudah hampir satu bulan kenyataan Datuk Mahfuz Omar terhadap satu gerakan mendaftar kewarganegaraan dan pemilih dari kalangan warga asing. Beliau juga menyebut beberapa nama yang melaksanakan tugasan yang menjijikkan ini. Ini kerana memberikan kerakyatan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi mendaftar mereka sebagai pemilih, sudah tentu peranan menentukan masa depan negara akan diberikan kepada warga asing ini.  Orang ramai amat berharap kerajaan atau Polis dapat mengadakan siasatan terhadap dakwaan tersebut, ini amat bahaya kepada negara. Disebabkan perkara ini, maka daftar pemilih yang ada mempunyai keraguan. Apakah dakwaan tersebut tidak benar? Jika tidak benar, sila jawab balik dakwaan tersebut. Rakyat amat berharap segala keraguan dan ketidak telusan dalam daftar pemilih dapat dibuat oleh pihak SPR. Ini adalah salah satu tuntutan BERSIH. Mereka mahu daftar pemilih yang bersih, baru ada keyakinan terhadap proses pilihanraya. BERSIH bukan berhimpun un