Pengkianat

Sudah hampir satu bulan kenyataan Datuk Mahfuz Omar terhadap satu gerakan mendaftar kewarganegaraan dan pemilih dari kalangan warga asing. Beliau juga menyebut beberapa nama yang melaksanakan tugasan yang menjijikkan ini. Ini kerana memberikan kerakyatan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi mendaftar mereka sebagai pemilih, sudah tentu peranan menentukan masa depan negara akan diberikan kepada warga asing ini. 

Orang ramai amat berharap kerajaan atau Polis dapat mengadakan siasatan terhadap dakwaan tersebut, ini amat bahaya kepada negara.

Disebabkan perkara ini, maka daftar pemilih yang ada mempunyai keraguan. Apakah dakwaan tersebut tidak benar? Jika tidak benar, sila jawab balik dakwaan tersebut. Rakyat amat berharap segala keraguan dan ketidak telusan dalam daftar pemilih dapat dibuat oleh pihak SPR.

Ini adalah salah satu tuntutan BERSIH. Mereka mahu daftar pemilih yang bersih, baru ada keyakinan terhadap proses pilihanraya. BERSIH bukan berhimpun untuk guling kerajaan, cuma menuntut kerajaan memberikan "kecerahan" pada demokrasi negara hari ini yang nampak "suram". Mereka bukan mahu negara jadi huru-hara, cuma biarlah pilihanraya berjalan dengan baik dengan 8 tuntutan yang dibuat.

Mereka bukan mahu jatuhkan kerajaan secara tidak sah.... tapi mahu jatuhkan secara sah dalam pilihanraya. Cuma daftar pemilih kita yang dilihat meragukan seperti yang di dakwa oleh Datuk Mahfuz. Apakah kerajaan Perak hari ini dipilih secara sah dah demokrasi.....? tentu DS Najib dapat menjawabnya.....

Oleh itu, kerja memberikan kerakyataan dan mendaftar sebagai pemilih adalah kerja pengkianat kepada negara.... jangan jadi pengkianat......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR