Posts

Showing posts from February, 2009

Tak Kena Tol

Mad sedang berjalan dan terlihat Mid sedang berehat, lalu menyapanya. Mad : Assalamualaikum, buat apa tu? Mid : Waalaikum salam, Baca suratkhabar ni. Mad : Ada tajuk utama hari ini? Mid : Pasal tol, nak naik pulak ni. Mad : Kita tak pa, negeri kita mana ada plaza tol. Mid : Jadi.. Mad : Kita tak perlu risau, kita tak terlibat dengan kenaikan tu. Kita ada lebuhraya tapi tak kena tol. Mid : Tapi aku dok fikir, kalau kita tak kena tol, pasai apa bila harga tol naik, harga barang kat tempat kita juga naik. Mad : Awat jadi lagu tu? Mid : Kita tolong bayar duit tol depa kot? Mad : Kita tak dak tol, tapi kena bayar duit tol juga. Inilah nasib kita, bila harga barang nak turun? Mid : Harga minyak turun, harga tol naik, jangan nanti ramai naik angin sudah. Mad : Awat kerajaan buat macam tu ha… Mid : Depa jadi kerajaan, Ramai rakyat yang pilih. Mad : Lepas ni kena ubah. Mid : Kena buat kerja ni.

Kenapa Tidak......

Beberapa hari yang lepas, saya ke HTF dengan beberapa orang sahabat untuk melawat seorang bekas guru sekolah yang terlantar di sana. HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan utara semenanjung. Hospital ini juga memberikan banyak perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang berhampiran. Kami telah pergi ke bahagian ccu. Saya hanya masuk sekejap sahaja kerana melihat keadaan bekas guru yang agak kurang baik. Saya dapati suasana dalam ccu amat tenang dengan hawa yang dingin. Apa yang menarik perhatian saya? Jururawat yang ada di sana? Sebenarnya yang menarik perhatian saya ialah alunan muzik yang berkumandang di dalam kawasan yang berkenaan, walaupun muziknya tidak bingit.Mengapa tidak dipasang alunan ayat suci Al Quran. Bukankan Al Quran pengubat yang terbaik, serta menenangkan pesakit? Al Quran adalah mukjizat yang agong, kita sepatutnya memperdengarkannya kepada pesakit supaya mereka berada dalam suasana dan hati yang tenang. Kita juga mungkin bo

Kedah sudah hilang satu Piala.....

Image
Daripada tiga yang DS Ustaz Azizan tengah pegang tu, yang tinggi sekali tu dah terlepas. Macam mana dua lagi, boleh bertahan dak?

Nasib.......

Tengahari tadi, ketika saya mengajar di dalam kelas, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang. Ia menyatakan bahawa dia mewakili syarikat S*****y H***l. Beliau menawarkan baucer percutian percuma. Apabila saya menyatakan dari Perlis, dia menyatakan bahawa mereka akan melawat Perlis pada masa lain. Mereka hanya mencari pelanggan dari Kedah. Nombor telefon saya telah dipilih secara rawak. Peristiwa ini mengingatkan saya tentang peristiwa yang sama pada bulan Disember yang lalu. Pihak yang berkenaan menelefon saya mendapat baucer percutian percuma. Disebabkan waktu itu saya agak lapang, saya pergi bersama keluarga ke sebuah hotel di Kuala Perlis, tempat pertemuan yang dimaklumkan kepada saya. Apabila kami sampai, pihak yang berkenaan menceritakan tentang satu pakej percutian percuma yang seolah-olah percuma sepanjang hayat. Dipendekkan cerita, disebabkan harga untuk mendapat pakej itu agak mahal, kami diberi peluang mencabut baucer percuma yang disebut ketika panggilan dibuat. S

Permulaan

Assalamualaikum, Saya cuba untuk cuba untuk masuk dan mengambil bahagian dalam dunia maya ini.