Nasib.......

Tengahari tadi, ketika saya mengajar di dalam kelas, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang. Ia menyatakan bahawa dia mewakili syarikat S*****y H***l. Beliau menawarkan baucer percutian percuma. Apabila saya menyatakan dari Perlis, dia menyatakan bahawa mereka akan melawat Perlis pada masa lain. Mereka hanya mencari pelanggan dari Kedah. Nombor telefon saya telah dipilih secara rawak.

Peristiwa ini mengingatkan saya tentang peristiwa yang sama pada bulan Disember yang lalu. Pihak yang berkenaan menelefon saya mendapat baucer percutian percuma. Disebabkan waktu itu saya agak lapang, saya pergi bersama keluarga ke sebuah hotel di Kuala Perlis, tempat pertemuan yang dimaklumkan kepada saya.

Apabila kami sampai, pihak yang berkenaan menceritakan tentang satu pakej percutian percuma yang seolah-olah percuma sepanjang hayat. Dipendekkan cerita, disebabkan harga untuk mendapat pakej itu agak mahal, kami diberi peluang mencabut baucer percuma yang disebut ketika panggilan dibuat.

Salah seorang anak saya telah mencabut dan terpilihlah sebuah hotel berhampiran Kuala Lumpur. Baucer mempunyai tempoh sah dua bulan. Cuma baucer itu boleh digunakan ketika hari bekerja, hari cuti umum dan cuti sekolah ia tidak laku.

Saya berfikir bila boleh guna baucer berkenaan? Yang pasti tempoh sudah hampir tamat. saya tidak dapat menggunakan baucer yang membolehkan saya merasai tidur di bilik hotel RM700 satu malam.

Mungkin ada yang senasib saya........

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR