Posts

Showing posts from October, 2009

Nasiblah Kita

Image
Saya terbaca berita bahawa kereta yang lebih 15 tahun terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom. Kita mengakui bahawa keselamatan pemandu di jalanraya adalah penting. Persoalannya ialah adakah kereta lama yang banyak terlibat dalam kemalangan atau kereta baru? Kita mengharapkan kerajaan membuat kajian yang sepatutnya dalam hal ini. Rakyat yang berpendapatan rendah tentu sukar untuk membeli kereta baru, berbanding dengan mereka yang kaya. Ini tentu menekan rakyat bawahan. Mereka telah membeli kereta "second hand" untuk kemudahan daripada hujan dan panas. Kini terpaksa "panas" kerana terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom yang tentu akan mengenakan bayaran tertentu. Janganlah untuk "meningkatkan dayasaing industri automatif tempatan" maka rakyat bawahan terpaksa menanggungnya. Sudahlah terpaksa membayar insuran yang semakin meningkat setiap tahun, kini terpaksa menanggung kos tambahan. Kenapa industri automatif yang bertapak sejak belasan tahun lalu masih belum

Dah Dapat Keputusan

Akhirnya, satu keputusan telah dibuat. Ini seperti dilaporkan harakahdaily. Kita berharap keputusan ini adalah keputusan terbaik buat masa ini. Diharapkan semua ahli jamaah dapat terus bekerja untuk memenangkan Pas dan Pakatan dalam PRU13 nanti. Semoga Pas terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk berjuang dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Harap Dapat Diselesaikan

Malam esok akan diadakan satu mesyuarat khas dikalangan kepimpinan Pas Pusat untuk membincangkan masalah parti. Dilaporkan ia akan diadakan mulai 8.30 malam. Semua pemimpin dijangka akan menghadiri mesyuarat berkenaan. Semua ahli Pas berdoa semoga semua pemimpin yang hadir diberikan kelapangan dada untuk menentukan dan menyelesaikan masalah yang ada. Kepimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diberikan tanggungjawab untuk menilai pergerakan parti dan menentukan halatuju parti. Sejarah telah menentukan bahawa mesyuarat dengan lapang dada dan sanggup menerima kritikan akan menghasilkan natijah yang baik. Kita berharap perbincangan dalam mesyuarat ini tidak akan bocor keluar sebelum satu ketetapan dihasilkan. Satu keputusan yang penting untuk memacu parti menghadapi cabaran masa depan.

Pandai main Nampak!

Image
Saya terlihat gambar ini, rasa tertarik dengan gambar bahawa wanita juga boleh bermain bola dengan menutup aurat. Nampak gaya jangan jadikan alasan menutup aurat sebagai penghalang untuk aktif dalam kegiatan tertentu. Wanita yang menutup aurat pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan Olahraga Asia dalam acara 100 meter. Oleh itu, wanita yang rasa mereka Muslim, marilah sama-sama menutup aurat untuk melambangkan kita sebagai wanita muslim. Selamat berjuang untuk semua.

bersatu

Image
Penulis berharap PAS akan terus bersatu dan memilih jalan yang terbaik. Kita berharap kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan pada muktamar lalu dapat membuat keputusan yang baik untuk memantapkan Pas. Selamat bersatu untuk kemenangan Islam. PAS For All.

Pergolakan

Kisah tentang TGNA mencadangkan diadakan muktamar khas dan PRK Parlimen Batu merupakan tajuk utama yang dilihat dalam blog hari ini. Inilah suasana politik yang ada di Malaysia. Tidak pernah sunyi dengan pergolakan politik. Rasanya kalau tidak ada suasana yang begitu, mungkin akhbar kita pakai tak dak berita kot. Selepas MCA adakan EGM, dan selepas UMNO buat perhimpunan pinda perlembagaan, maka kenapa PAS nak berhimpun juga? PAS telah memilih kepimpinan awal JUN lalu, baru empat bulan...... Rasanya masyarakat akan lihat kepimpinan Pas bergolak macam MCA juga. Tak kan kalah di Bagan Pinang, kita dapat buat kesimpulan rakyat tolak Pas. Tentu kesimpulan ini tidak tepat. Kalau diadakan PRK Batu pula, ini akan menjadikan PRK Parlimen pertama di KL. Satu kawasan majoriti kaum Cina, mungkin boleh lihat pola pengundi Cina selepas PRU12 yang lalu. Bolehlah dilihat sama ada pengundi Cina dah kembali ke BN. Pergolakan politik inilah yang menghidupkan suasana kehidupan rakyat 1malaysia.

Pengadilan

Semalam, penulis mengikuti satu kuliah agama di surau di kampung tempat tinggalnya. Dalam kuliah tersebut salah satu yang menarik perhatian ialah perbincangan tentang perbicaraan. Hakim di dunia tidak mengetahui sebarang perbuatan tertuduh sehingga tuduhan itu dibawa kehadapannya. Beliau akan mendengar segala hujah daripada peguam sebelum menjatuhkan hukuman. Walaupun seseorang itu tidak melakukan perbuatan berkenaan (teraniaya), maka ia akan dikenakan hukuman. Sekiranya seseorang yang bersalah dapat mengemukan bukti untuk mengelak, maka dia akan terlepas daripada dihukum. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah yang dikemukan dihadapanya. Hakim di akhirat sudah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dunia. Perbicaraan dilakukan dihadapan hakim yang mengetahui segala perilaku hambanya. Tentu sesiapa yang bersalah tidak dapat melarikan diri daripada perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Oleh itu, sedarlah walaupun apa yang dilakukan di dunia ini, kita tidak dapa

Bahasa

Image
Hari Ahad yang lalu, ada beberapa orang sahabat yang telah ke Thailand. Mereka pergi ke pekan sehari untuk membeli barangan. Apa yang menarik tentang Thailand ialah penggunaan bahasa mereka. Mereka menggunakan bahasa Thai dalam semua aktiviti. Kita dapat melihat penggunaan bahasa Thai dalam pertuturan dan penulisan di negara berkenaan. Para pembesar dan rakyat digalakkan menggunakan bahasa Thai. Kita dapat melihat penduduk keturunan Melayu di selatan Thailand juga terpaksa menggunakan bahasa berkenaan. Anak-anak muda Melayu seolah-olah melupakan bahasa nenek moyang mereka kerana pendidikan di sana menitik beratkan bahasa Thai. Sedangkan di negara ini, bahasa Melayu seolah-olah kurang diberikan penekanan. Bahasa kelas dua di negara sendiri. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad, tetapi penghormatan kepada bahasa penjajah sungguh digalakkan. Para pemimpin lebih megah bercakap dalam bahasa penjajah tersebut. Kita tidak menolak pentingnya bahasa tersebut untuk bersai

Malaysia dan 16 September

Image
Cadangan cuti 16 September amat dialu-alukan kerana akan mengingatkan generasi hari ini tentang pembentukan Malaysia. Perkara ini telah diumumkan oleh PM semalam. 16 September merupakan hari pengistiharan Malaysia: iaitu gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sabah. Pembentukan Malaysia ketika itu telah mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia kerana tuntutan mereka keatas Sabah dan sarawak. Indonesia dengan konsep "Ganyang Malaysia" dan Filipina dengan dakwaan Sabah kepunyaan Kesultanan Sulu. Ini telah menyebabkan negara terpaksa menghadapi tekanan daripada luar. Oleh itu, pembentukan Malaysia merupakan satu cabaran dan perayaan menyambutnya satu yang diperlukan. Walaupun selepas 46 tahun, ingatan terhadap pembentukan ini adalah perlu. Cabarannya ialah pengisian rakyat tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Walaupun Singapura keluar daripada gagasan ini, kesatuan rakyat perlu dipertingkatkan. Masih ada ruang yang perlu diisi. Peningkatan kefahama

Sawah Padi

Image
Semalam, bersama seorang dewasa yang mengerjakan sawah menceritakan bahawa tahun ini usaha membuat sawah agak sukar. Katanya, hujan turun lebat menyebabkan susah untuk menabur. Disamping itu, menanam padi menggunakan mesin juga tidak meberikankesan yang baik kerana penjagaannya yang sukar. Yang senag, katanya, menanam terus padi, walaupun upahnya antara RM360 hingga RM380 serelung. Tetapi kena keluar modal besar sikit. Inilah cabaran yang dihadapi oleh penanam padi musim ini, katanya. Masalah siput gondang dan padi angin juga memberikan kesan terhadap hasil padi. Walau bagaimanapun, kebanyakan penanam padi tetap bekerja untuk membekalkan makanan untuk rakyat negara ini. Disamping itu, mereka perlu bekerja untuk menambahkan pendapatan kerana barangan kini semakin meningkat harganya. Perhatian daripada pihak yang berkenaan adalah amat perlu.

Peperiksaan STAM

Hari ini hingga hari selasa depan, ada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Terdapat juga pelajar dari sekolah tempat saya mengajar akan mengambil peperiksaan yang berkenaan. Saya mendoakan semua yang akan menduduki peperiksaan tersebut akan dapat menjawab dengan baik soalan yang akan dikenakan keatas mereka. Selepas ini, pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti tempatan atau luar negeri dalam bidang Islam. Kita berharap mereka-mereka ini bakal menjadi pengajar pada masa depan dalam bidang Islam. Bidang ini mendapat permintaan yang banyak kini kerana masyarakat mula sedar tentang kepentingan agama dalam kehidupan. Walaupun begitu, masih terlalu ramai juga yang mengabaikan agama dalam kehidupan mereka. Marilah berdoa moga kita dijauhkan daripada golongan yang menjauhkan agama. Kita mesti mencari jalan untuk membawa mereka kembali kepada agama. Peningkatan pelajar yang berjaya dalam bidang agama

Syok-syok

Image
Keputusan telah dibuat. BN-8013 manakala PAS-2578. Jadi keputusannya BN akan mewakili penduduk Bagan Pinang, tak dak sapa-sapa pun boleh bantah. Sekarang ni mai sama-sama kita buang undi pos bagi kedua-dua calon. Calon BN dapat 3521 manakala PAS dapat 601. Jadi undi pengundi biasa yang didapati BN- 4492 dan PAS 1977. Jadi majoriti yang didapati oleh BN hanya 2515. Oleh itu, orang PAS Bagan Pinang jangan dok susah hati, tingkatkan usaha mencari ahli dan tambah cawangan. InsyaAllah, satu hari nanti PAS akan dapat kuasai Bagan Pinang. Tingkatkan usaha untuk membawa wadah PAS ke tengah masyarakat dengan program kuliah dan seumpamanya.

Saja Nak Kata

Image
Sesudah keputusan PRK Bagan Pinang diketahui, banyak pihak membuat analisa sendiri sama ada di kedai kopi atau dimedia tentang keputusan yang telah dibuat. Secara kesimpulannya boleh dinyatakan ada beberapa faktor iaitu calon, media dan strategi. Bagi mereka calon BN lebih dikenali oleh rakyat berbanding calon Pas, sementara pula ia orang luar. Mereka melihat calon BN lebih menonjol, sama ada ditonjolkan oleh media atau orang ramai. Media terutama oleh PAS terutama blogger kurang sampai kepada pengundi. Ini tentu memberikan kesan terhadap maklumat yang sampai. Tambahan pula media arus perdana memang memainkan peranan mereka untuk membawa pengundi dan rakyat menyokong BN. Strategi? Ini saya tidak tahu hendak komen kerana katanya PAS tidak mampu untuk menarik pengundi kerana strategi yang tidak berkesan. Mungkin benar atau tidak, terpaksa di buat bedah siasat secara jujur oleh semua pihak. Walaubagimanapun, PAS telah berusaha dalam PRK tersebut. Mungkin lain kali kena buat dengan lebih b

Gambar Aidil Fitri

Image
Di sini diturunkan beberapa gambar sempena majlis Aidil Fitri yang diadakan ditempat saya mengajar. Ia diadakan pada minggu lepas.

INFO

Saya terbaca maklumat di bawah, rasanya saya patut masukan dalam posting saya, kot-kot ada yang terbaca. saya dapatkan dari blog ini . INFO YANG PATUT ANDA TAHU 1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni. 2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kuantiti yang sederhana mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. 6. Tiada satu pun jam di kasino Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka. 7. Kerana ketangkasan Bruce

Tahniah

BN- 8013, PAS-2578, majoriti 5435: Demikianlah keputusan PRK Bagan Pinang yang telah diumumkan semalam. Kemenangan telah berpihak kepada BN. Yang pasti majoriti BN telah meningkat dari 2333 kepada 5435, penambahan lebih dari 3000 undi. Adakah Pas semakin ditolak di NS? Adakah rakyat melihat Pas telah gagal menjadi sebuah parti yang dapat membela mereka? Adakah BN mulai diterima kembali oleh rakyat? Persoalan yang timbul ini kerana jumlah majoriti yang semakin besar diperolehi oleh BN. Setelah segala usaha dijalankan maka rakyat telah membuat pilihan. Semua kena menghormati keputusan rakyat. Persoalan kita ialah kenapa rakyat membuat keputusan seperti itu? Rakyat Bagan Pinang selepas ini pasti akan mendapat limpahan pembangunan seperti yang dijanjikan oleh sekalian menteri yang ke sana. Tentu melimpah-ruah nikmat yang akan dikecapi. Diharapkan rakyat akan mendapat limpahan tersebut dalam masa yang terdekat. Pakatan atau Pas perlu menjalankan bedah-siasat dengan tren pengundi tersebut. K

Sudah Selesai, nantikan keputusannya

Tempoh mengundi sudah tamat bagi pengundi di Bagan Pinang. Masa untuk pengiraan akan bermula sekejap lagi. Penantian seluruh tanah air pasti untuk melihat pilihan pengundi di sana. Maklumat daripada rakan-rakan yang ke sana menunjukkan tanda positif kepada Pakatan iaitu calon PAS. Sokongan rakyat dinyatakan amat jelas kepada Pas. Diharapkan maklumat berkenaan adalah sahih dan positif bukan untuk mengembirakan sahabat yang jauh. Penulis berharap mereka yang sudah menunjukkan kesungguhan dalam kerja kempen tidak akan sedih sekiranya calon Pas yang disokong tewas, walaupun kita berharap akan menang. Ini kerana segalanya ketentuan di langit, yang di bumi hanya berusaha. Selamat menantikan keputusanya nanti. Mungkin selepas Isyak kita dapat tahu siapakah ADUN baru Bagan Pinang.

SIAPA MAIN KASAR?

Image
Dalam masa 3 hari lagi sebelum pengundi awam membuang undi mereka, pengundi pos akan mengundi dahulu. Kempen di saat akhir pasti akan rancak. Kita berharap, tidak akan ada budaya samseng dibawa. Tetapi harakahdaily melaporkan bahawa pemuda Pas telah diserang. Pemuda Pas membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan budaya samseng seperti yang didakwa oleh Datuk Azeez dari Baling tu. Yang ini betul-betul kena. Sepatutnya kempen dijalankan untuk menarik minat rakyat kepada mereka. Ada mengatakan bahawa Pas semakin tertekan kerana tidak mampu menarik minat pengundi. Kita berharap pengundi akan menolak "ISA" dalam PRK ini. 11 Oktober 2009, rakyat Bagan Pinang harus tunjukkkan kepada BN bahawa tempoh yang lama memerintah meyebabkan BN semakin angkuh. Jatuhkan keangkuhan mereka. Selamat Mengundi untuk Pengundi Bagan Pinang.

Oh SPRM, Rakyat Yakin Padamu Jika ..........

Image
"Kami baru berusia setahun, bagi masa untuk kami maju dan cemerlang sebagai satu-satunya suruhanjaya yang memerangi rasuah demi kelangsungan bangsa, agama dan negara, luah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. petikan dari sini Rakyat bukan mempertikan tentang umur SPRM, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan amat tidak meyakinkan rakyat. SPRM dilihat gagal dalam menangani banyak kes dan kes kematian seorang yang sedang disiasat di premis SPRM lebih menakutkan. Rakyat bimbang dengan keselamatan mereka apabila berurusan dengan SPRM. Kebimbangan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan nyawa. Keyakinan seorang manusia bukan boleh dibuat mudah. Keyakinan yang sudah goyah sukar untuk ditarik balik. Persepsi ini bukan kerana tindakan rakyat tetapi, gelagat yang ditunjukkan oleh pihak SPRM sendiri. Rakyat, rasanya, sudah menyatakan keyakinan mereka dengan membuat laporan, tetapi kes besar yang melibatkan orang besar tidak diberik

Azeez

Datuk Azeez menjadi manusia yang terpaksa melupakan masa untuk berkempen di Bagan Pinang. Beliau di tumbuk dibahagian belakangnya ketika melalui penyokong Pas ketika penamaan calon, begitulah dakwaannya. Hari ini, ada bukti dari pihak Pakatan yang mengatakan bahawa beliau tak ditumbuk pun. Hanya di sapa oleh penyokong Pas. Ada satu pertubuhan dari utara, meminta sesiapa yang mempunyai gambar Azeez ditumbuk akan diberikan hadiah . Banyak juga tu. Harap ada gambar tersebut. Kesian kat kawan tu, dah kena duduk hospital, nanti orang kata penipu besar tu.

Peperiksaan

Esok, para pelajar tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahun ini seramai 25 orang pelajar sekolah tempat saya mengajar akan mengambil peperiksaan ini. Saya berdoa kepada Allah agar mereka dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Semoga mereka semua akan mendapat kejayaan. Selamat berjaya untuk semua pelajar yang akan menghadapi PMR.

Jangan Tunjuk Berat Sebelah.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang. Pakatan dan BN masing-masing telah memaklumkan nama calon mereka. Sekarang ada didengari bahawa SPR melarang parti pembangkang selain dari Pas memasang pemidang masing-masing. kalau UMNO buat pemidang macam mana? SPR ni ahli kompenan BN? SPR sepatutnya menjadi pengendali pilihanraya yang adil, bukan menekan pembangkang. Jangan SPR terlalu tunjuk sangat berat sebelah tu. Nanti rakyat akan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Pilihanraya ialah memilih wakil rakyat ke dewan sama ada DUN adat Parlimen. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam memilih pemimpin mereka. Jadikan PRK Bagan Pinang sebagai penunjuk bahawa rakyat sekarang sudah meluat dengan BN. Semakin lama berkuasa, semakin kelam kabut negara ini diuruskan mereka. Selamat kepada semua petugas yang akan bertugas di Bagan Pinang, kalau ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.

Tanda

Dalam sehari dua ini, ada dua kejadian gempa bumi yang berlaku. Satu di Lautan Pasifik dan satu lagi di Sumatera. Disamping itu berlaku hujan serta ribut di negara Filipina. Apakah ini sebagai satu tanda? Tanda kekuasaan Allah, memberikan peringatan kepada manusia tentang kekuasaannya. Adakah manusia tidak berfikir? Apakah mereka tidak sedar bahawa makhluk ini amat lemah kerana tidak mampu menentang cubaan dari Allah itu. Adakah kejadian berkenaan tidak akan berlaku di Malaysia? Siapakah yang dapat memberikan jaminan? Jadi sebagai hamba Allah, kita perlu banyak bersyukur dengan kebaikan yang kita dapat. Selamat menjalani kehidupan dengan mengikut landasan yang digariskan oleh Allah, Maha Agong dan Maha Pencipta.