Malaysia dan 16 September

Cadangan cuti 16 September amat dialu-alukan kerana akan mengingatkan generasi hari ini tentang pembentukan Malaysia. Perkara ini telah diumumkan oleh PM semalam.

16 September merupakan hari pengistiharan Malaysia: iaitu gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sabah.

Pembentukan Malaysia ketika itu telah mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia kerana tuntutan mereka keatas Sabah dan sarawak.

Indonesia dengan konsep "Ganyang Malaysia" dan Filipina dengan dakwaan Sabah kepunyaan Kesultanan Sulu. Ini telah menyebabkan negara terpaksa menghadapi tekanan daripada luar.

Oleh itu, pembentukan Malaysia merupakan satu cabaran dan perayaan menyambutnya satu yang diperlukan.

Walaupun selepas 46 tahun, ingatan terhadap pembentukan ini adalah perlu. Cabarannya ialah pengisian rakyat tentang tanggungjawab mereka terhadap negara.

Walaupun Singapura keluar daripada gagasan ini, kesatuan rakyat perlu dipertingkatkan. Masih ada ruang yang perlu diisi.

Peningkatan kefahaman tentang agama Islam juga perlu dipertingkatkan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Jangan hanya kita cuba ingatkan "16 September" kerana peristiwa tahun lalu yang cuba dicetuskan oleh Pakatan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR