Posts

Showing posts from September, 2012

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR. PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN. Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR. Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya. adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.

AIR

Nampaknya isu air cuba dimainkan oleh pihak BN bagi menghadapi Pakatan. Kalau dulu di Kelantan, kini nampaknya Selangor pula menghadapi isu ini. Banyak saman yang akan dihadapi oleh kerajaan negeri berkenaan. Media yang dikuasai oleh pemerintah nampaknya memainkan isu ini bersungguh-sungguh supaya rakyat akan tolak PR. Adakah rakyat akan terkmakan dengan isu ini.