Oh SPRM, Rakyat Yakin Padamu Jika ..........


"Kami baru berusia setahun, bagi masa untuk kami maju dan cemerlang sebagai satu-satunya suruhanjaya yang memerangi rasuah demi kelangsungan bangsa, agama dan negara, luah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. petikan dari sini

Rakyat bukan mempertikan tentang umur SPRM, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan amat tidak meyakinkan rakyat. SPRM dilihat gagal dalam menangani banyak kes dan kes kematian seorang yang sedang disiasat di premis SPRM lebih menakutkan.

Rakyat bimbang dengan keselamatan mereka apabila berurusan dengan SPRM. Kebimbangan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan nyawa.

Keyakinan seorang manusia bukan boleh dibuat mudah. Keyakinan yang sudah goyah sukar untuk ditarik balik. Persepsi ini bukan kerana tindakan rakyat tetapi, gelagat yang ditunjukkan oleh pihak SPRM sendiri. Rakyat, rasanya, sudah menyatakan keyakinan mereka dengan membuat laporan, tetapi kes besar yang melibatkan orang besar tidak diberikan perhatian menyebabkan mereka hilang keyakinan kepada badan ini.

Kita berharap SPRM akan bertindak secara profesional bagi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada mereka. Bertindaklah secara bersungguh-sungguh menghapuskan rasuah, rakyat pasti akan membantu dan yakin pada anda.

Selamat bertugas, jalankan amanah yang diberikan dengan jujur, pasti negara akan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR