Saja Nak Kata

Sesudah keputusan PRK Bagan Pinang diketahui, banyak pihak membuat analisa sendiri sama ada di kedai kopi atau dimedia tentang keputusan yang telah dibuat. Secara kesimpulannya boleh dinyatakan ada beberapa faktor iaitu calon, media dan strategi.

Bagi mereka calon BN lebih dikenali oleh rakyat berbanding calon Pas, sementara pula ia orang luar. Mereka melihat calon BN lebih menonjol, sama ada ditonjolkan oleh media atau orang ramai.

Media terutama oleh PAS terutama blogger kurang sampai kepada pengundi. Ini tentu memberikan kesan terhadap maklumat yang sampai. Tambahan pula media arus perdana memang memainkan peranan mereka untuk membawa pengundi dan rakyat menyokong BN.

Strategi? Ini saya tidak tahu hendak komen kerana katanya PAS tidak mampu untuk menarik pengundi kerana strategi yang tidak berkesan. Mungkin benar atau tidak, terpaksa di buat bedah siasat secara jujur oleh semua pihak.

Walaubagimanapun, PAS telah berusaha dalam PRK tersebut. Mungkin lain kali kena buat dengan lebih baik lagi.

Kita berharap, ahli-ahli parti tidak meyalahkan kepimpinan dengan kekalahan ini. Mereka telah merencang dan usaha dari keseluruhan ahli yang turun, tetapi mungkin PAS masih belum sampai masa untuk menang di kubu UMNO tersebut.

Jadi sekarang ini, masih lagi status-quo, PAS dan Pakatan tidak dapat tembusi kubu BN kecuali di Kuala Terengganu sedangkan BN juga tidak dapat tembusi kubu Pakatan.

Jadi tiada siapa boleh mendabik dada dengan keputusan PRK yang dilalui selama ini.

Nak tau 1Malaysia diterima atau tidak buat pilihanraya umum, barulah boleh dibuat kesimpulan rakyat terima 1Malaysia atau tidak.

Comments

  1. tumpang iklan...he2... sapa2 minat politik.. jom terjah blog kiter..

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR