Sawah Padi

Semalam, bersama seorang dewasa yang mengerjakan sawah menceritakan bahawa tahun ini usaha membuat sawah agak sukar. Katanya, hujan turun lebat menyebabkan susah untuk menabur.

Disamping itu, menanam padi menggunakan mesin juga tidak meberikankesan yang baik kerana penjagaannya yang sukar. Yang senag, katanya, menanam terus padi, walaupun upahnya antara RM360 hingga RM380 serelung. Tetapi kena keluar modal besar sikit.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh penanam padi musim ini, katanya. Masalah siput gondang dan padi angin juga memberikan kesan terhadap hasil padi.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penanam padi tetap bekerja untuk membekalkan makanan untuk rakyat negara ini. Disamping itu, mereka perlu bekerja untuk menambahkan pendapatan kerana barangan kini semakin meningkat harganya.

Perhatian daripada pihak yang berkenaan adalah amat perlu.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR