Nasiblah Kita

Saya terbaca berita bahawa kereta yang lebih 15 tahun terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom.

Kita mengakui bahawa keselamatan pemandu di jalanraya adalah penting. Persoalannya ialah adakah kereta lama yang banyak terlibat dalam kemalangan atau kereta baru? Kita mengharapkan kerajaan membuat kajian yang sepatutnya dalam hal ini.

Rakyat yang berpendapatan rendah tentu sukar untuk membeli kereta baru, berbanding dengan mereka yang kaya. Ini tentu menekan rakyat bawahan. Mereka telah membeli kereta "second hand" untuk kemudahan daripada hujan dan panas. Kini terpaksa "panas" kerana terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom yang tentu akan mengenakan bayaran tertentu.

Janganlah untuk "meningkatkan dayasaing industri automatif tempatan" maka rakyat bawahan terpaksa menanggungnya. Sudahlah terpaksa membayar insuran yang semakin meningkat setiap tahun, kini terpaksa menanggung kos tambahan.

Kenapa industri automatif yang bertapak sejak belasan tahun lalu masih belum mampu bersaing? Sepatutnya Proton sudah mampu bersaing dalam pasaran negara kini kerana ia boleh mengenakan harga yang berpatutan dan meningkatkan kualiti kenderaannya.

Adakah ini maksud slogan "rakyat didahulukan"? Rakyat terpaksa mendahulukan duit mereka untuk kerajaan.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan belanjawan mesra rakyat?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR