Tahniah

BN- 8013, PAS-2578, majoriti 5435: Demikianlah keputusan PRK Bagan Pinang yang telah diumumkan semalam. Kemenangan telah berpihak kepada BN.

Yang pasti majoriti BN telah meningkat dari 2333 kepada 5435, penambahan lebih dari 3000 undi.

Adakah Pas semakin ditolak di NS? Adakah rakyat melihat Pas telah gagal menjadi sebuah parti yang dapat membela mereka? Adakah BN mulai diterima kembali oleh rakyat?

Persoalan yang timbul ini kerana jumlah majoriti yang semakin besar diperolehi oleh BN.

Setelah segala usaha dijalankan maka rakyat telah membuat pilihan. Semua kena menghormati keputusan rakyat. Persoalan kita ialah kenapa rakyat membuat keputusan seperti itu?

Rakyat Bagan Pinang selepas ini pasti akan mendapat limpahan pembangunan seperti yang dijanjikan oleh sekalian menteri yang ke sana. Tentu melimpah-ruah nikmat yang akan dikecapi.
Diharapkan rakyat akan mendapat limpahan tersebut dalam masa yang terdekat.

Pakatan atau Pas perlu menjalankan bedah-siasat dengan tren pengundi tersebut. Kita perlu mengekalkan tren pengundi ke arah Pakatan jika mahu menang dalam PRU13 nanti. Jika tidak mungkin negeri yang ada pun akan terlepas nanti.

Walaupun begitu, tahniah kepada Isa Samad kerana menang dalam PRK ini, semoga jangan lupa janji anda dalam pilihanraya tersebut.

Comments

  1. BN x pernah lupa janji..jika adepun cuma sebilangan kecil aje..bukan seperti pas yang hanya mencetuskan konflik dan tidak menyemai ciri2 keislaman berbeza dengan pendekatan umno yang bawa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR