Bahasa

Hari Ahad yang lalu, ada beberapa orang sahabat yang telah ke Thailand. Mereka pergi ke pekan sehari untuk membeli barangan.

Apa yang menarik tentang Thailand ialah penggunaan bahasa mereka. Mereka menggunakan bahasa Thai dalam semua aktiviti.

Kita dapat melihat penggunaan bahasa Thai dalam pertuturan dan penulisan di negara berkenaan. Para pembesar dan rakyat digalakkan menggunakan bahasa Thai.

Kita dapat melihat penduduk keturunan Melayu di selatan Thailand juga terpaksa menggunakan bahasa berkenaan. Anak-anak muda Melayu seolah-olah melupakan bahasa nenek moyang mereka kerana pendidikan di sana menitik beratkan bahasa Thai.

Sedangkan di negara ini, bahasa Melayu seolah-olah kurang diberikan penekanan. Bahasa kelas dua di negara sendiri. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad, tetapi penghormatan kepada bahasa penjajah sungguh digalakkan. Para pemimpin lebih megah bercakap dalam bahasa penjajah tersebut.

Kita tidak menolak pentingnya bahasa tersebut untuk bersaing dan mendapat ilmu. Tetapi penggunaan yang melampau menyebabkan kita hilang identiti bangsa.

Dimanakan identiti bangsa Malaysia (1Malaysia)? Kita tidak dapat menyatakan bahawa kita dapat mempamerkan identiti kita kepada dunia luar. Kita kurang menggunakan bahasa Malaysia apabila berucap dalam persidangan antarabangsa. Apakah kita tidak yakin dengan bahsa Kita?

1Malaysia mesti yakin menggunakan bahasa Malaysia apabila berada di luar negara untuk membuktikan kekuatan 1Malaysia.

Jika tidak..........

nota: gambar hiasan adalah papan tanda di pekan Padangbesa bahagian Thailad.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR