Peperiksaan STAM

Hari ini hingga hari selasa depan, ada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Terdapat juga pelajar dari sekolah tempat saya mengajar akan mengambil peperiksaan yang berkenaan. Saya mendoakan semua yang akan menduduki peperiksaan tersebut akan dapat menjawab dengan baik soalan yang akan dikenakan keatas mereka.

Selepas ini, pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti tempatan atau luar negeri dalam bidang Islam.

Kita berharap mereka-mereka ini bakal menjadi pengajar pada masa depan dalam bidang Islam. Bidang ini mendapat permintaan yang banyak kini kerana masyarakat mula sedar tentang kepentingan agama dalam kehidupan.

Walaupun begitu, masih terlalu ramai juga yang mengabaikan agama dalam kehidupan mereka.

Marilah berdoa moga kita dijauhkan daripada golongan yang menjauhkan agama. Kita mesti mencari jalan untuk membawa mereka kembali kepada agama.

Peningkatan pelajar yang berjaya dalam bidang agama adalah perlu kerana kepesatan teknologi yang ada hari ini menyebabkan cabaran dakwah menjadi semakin mencabar.

Jadi penglibatan semua pihak adalah diperlukan.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR