Sudah Selesai, nantikan keputusannya

Tempoh mengundi sudah tamat bagi pengundi di Bagan Pinang. Masa untuk pengiraan akan bermula sekejap lagi. Penantian seluruh tanah air pasti untuk melihat pilihan pengundi di sana.

Maklumat daripada rakan-rakan yang ke sana menunjukkan tanda positif kepada Pakatan iaitu calon PAS. Sokongan rakyat dinyatakan amat jelas kepada Pas. Diharapkan maklumat berkenaan adalah sahih dan positif bukan untuk mengembirakan sahabat yang jauh.

Penulis berharap mereka yang sudah menunjukkan kesungguhan dalam kerja kempen tidak akan sedih sekiranya calon Pas yang disokong tewas, walaupun kita berharap akan menang. Ini kerana segalanya ketentuan di langit, yang di bumi hanya berusaha.

Selamat menantikan keputusanya nanti. Mungkin selepas Isyak kita dapat tahu siapakah ADUN baru Bagan Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR