Harap Dapat Diselesaikan

Malam esok akan diadakan satu mesyuarat khas dikalangan kepimpinan Pas Pusat untuk membincangkan masalah parti. Dilaporkan ia akan diadakan mulai 8.30 malam. Semua pemimpin dijangka akan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Semua ahli Pas berdoa semoga semua pemimpin yang hadir diberikan kelapangan dada untuk menentukan dan menyelesaikan masalah yang ada.

Kepimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diberikan tanggungjawab untuk menilai pergerakan parti dan menentukan halatuju parti.

Sejarah telah menentukan bahawa mesyuarat dengan lapang dada dan sanggup menerima kritikan akan menghasilkan natijah yang baik. Kita berharap perbincangan dalam mesyuarat ini tidak akan bocor keluar sebelum satu ketetapan dihasilkan.

Satu keputusan yang penting untuk memacu parti menghadapi cabaran masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR