Thursday, October 22, 2009

Pengadilan

Semalam, penulis mengikuti satu kuliah agama di surau di kampung tempat tinggalnya. Dalam kuliah tersebut salah satu yang menarik perhatian ialah perbincangan tentang perbicaraan.

Hakim di dunia tidak mengetahui sebarang perbuatan tertuduh sehingga tuduhan itu dibawa kehadapannya. Beliau akan mendengar segala hujah daripada peguam sebelum menjatuhkan hukuman. Walaupun seseorang itu tidak melakukan perbuatan berkenaan (teraniaya), maka ia akan dikenakan hukuman. Sekiranya seseorang yang bersalah dapat mengemukan bukti untuk mengelak, maka dia akan terlepas daripada dihukum. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah yang dikemukan dihadapanya.

Hakim di akhirat sudah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dunia. Perbicaraan dilakukan dihadapan hakim yang mengetahui segala perilaku hambanya. Tentu sesiapa yang bersalah tidak dapat melarikan diri daripada perbuatan yang dilakukan di dunia ini.

Oleh itu, sedarlah walaupun apa yang dilakukan di dunia ini, kita tidak dapat lari daripada menghadapi keadilan di hari akhirat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjalankan amanah di bumi Allah ini dengan penuh kesungguhan dan jujur.

Kita perlu takut dengan pengadilan di hari akhirat yang pasti penuh dengan keadilan dan ketelitian. Setiap orang tahu perbuatan di dunia dan akan dapat hukuman yang adil.

Marilah sama-sama kita berfikir ......................


1 comment:

  1. kuliah di markas pas kg sena la tu..kuliah oleh yb ust hashim jasin.... pak mertua penulis..kah kah kah....

    ReplyDelete