Pergolakan

Kisah tentang TGNA mencadangkan diadakan muktamar khas dan PRK Parlimen Batu merupakan tajuk utama yang dilihat dalam blog hari ini. Inilah suasana politik yang ada di Malaysia.

Tidak pernah sunyi dengan pergolakan politik. Rasanya kalau tidak ada suasana yang begitu, mungkin akhbar kita pakai tak dak berita kot.

Selepas MCA adakan EGM, dan selepas UMNO buat perhimpunan pinda perlembagaan, maka kenapa PAS nak berhimpun juga?

PAS telah memilih kepimpinan awal JUN lalu, baru empat bulan...... Rasanya masyarakat akan lihat kepimpinan Pas bergolak macam MCA juga. Tak kan kalah di Bagan Pinang, kita dapat buat kesimpulan rakyat tolak Pas. Tentu kesimpulan ini tidak tepat.

Kalau diadakan PRK Batu pula, ini akan menjadikan PRK Parlimen pertama di KL. Satu kawasan majoriti kaum Cina, mungkin boleh lihat pola pengundi Cina selepas PRU12 yang lalu.

Bolehlah dilihat sama ada pengundi Cina dah kembali ke BN.

Pergolakan politik inilah yang menghidupkan suasana kehidupan rakyat 1malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR