Jangan Tunjuk Berat Sebelah.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang. Pakatan dan BN masing-masing telah memaklumkan nama calon mereka.

Sekarang ada didengari bahawa SPR melarang parti pembangkang selain dari Pas memasang pemidang masing-masing. kalau UMNO buat pemidang macam mana? SPR ni ahli kompenan BN? SPR sepatutnya menjadi pengendali pilihanraya yang adil, bukan menekan pembangkang.

Jangan SPR terlalu tunjuk sangat berat sebelah tu. Nanti rakyat akan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya.

Pilihanraya ialah memilih wakil rakyat ke dewan sama ada DUN adat Parlimen. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam memilih pemimpin mereka.

Jadikan PRK Bagan Pinang sebagai penunjuk bahawa rakyat sekarang sudah meluat dengan BN. Semakin lama berkuasa, semakin kelam kabut negara ini diuruskan mereka.

Selamat kepada semua petugas yang akan bertugas di Bagan Pinang, kalau ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR