Kenapa Tidak......

Beberapa hari yang lepas, saya ke HTF dengan beberapa orang sahabat untuk melawat seorang bekas guru sekolah yang terlantar di sana.

HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang banyak berjasa kepada rakyat di kawasan utara semenanjung. Hospital ini juga memberikan banyak perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang berhampiran.

Kami telah pergi ke bahagian ccu. Saya hanya masuk sekejap sahaja kerana melihat keadaan bekas guru yang agak kurang baik. Saya dapati suasana dalam ccu amat tenang dengan hawa yang dingin.

Apa yang menarik perhatian saya? Jururawat yang ada di sana?

Sebenarnya yang menarik perhatian saya ialah alunan muzik yang berkumandang di dalam kawasan yang berkenaan, walaupun muziknya tidak bingit.Mengapa tidak dipasang alunan ayat suci Al Quran. Bukankan Al Quran pengubat yang terbaik, serta menenangkan pesakit?

Al Quran adalah mukjizat yang agong, kita sepatutnya memperdengarkannya kepada pesakit supaya mereka berada dalam suasana dan hati yang tenang. Kita juga mungkin boleh berdakwah kepada pesakit bukan Islam.

Saya harap saya silap, mungkin alunan ayat-ayat suci diperdengarkan pada waktu lain.

Sekiranya tidak, kenapa tidak kita mulakannya....

Comments

  1. Subhanallah. Saya setuju dengan Anda. Salam kenal.
    esti.www.jalanjalansemauku.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR