Friday, February 27, 2009

Tak Kena Tol

Mad sedang berjalan dan terlihat Mid sedang berehat, lalu menyapanya.

Mad : Assalamualaikum, buat apa tu?
Mid : Waalaikum salam, Baca suratkhabar ni.
Mad : Ada tajuk utama hari ini?
Mid : Pasal tol, nak naik pulak ni.
Mad : Kita tak pa, negeri kita mana ada plaza tol.
Mid : Jadi..
Mad : Kita tak perlu risau, kita tak terlibat dengan kenaikan tu. Kita ada lebuhraya tapi tak kena tol.
Mid : Tapi aku dok fikir, kalau kita tak kena tol, pasai apa bila harga tol naik, harga barang kat tempat kita juga naik.
Mad : Awat jadi lagu tu?
Mid : Kita tolong bayar duit tol depa kot?
Mad : Kita tak dak tol, tapi kena bayar duit tol juga. Inilah nasib kita, bila harga barang nak turun?
Mid : Harga minyak turun, harga tol naik, jangan nanti ramai naik angin sudah.
Mad : Awat kerajaan buat macam tu ha…
Mid : Depa jadi kerajaan, Ramai rakyat yang pilih.
Mad : Lepas ni kena ubah.
Mid : Kena buat kerja ni.

No comments:

Post a Comment