Buktikan, kami nak tengok..

Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Kita minta dia buktikan tuduhannya.

Ini kerana dia tentu berupaya membuktikan katanya kerana sumber maklumat penerangan yang lengkap. Selaku seorang menteri yang bertanggungjawab dengan penerangan dan komunikasi beliau tentu mempunyai sumber maklumat tersebut. Rakyat nak tengok bukti itu, serta buktikan kebenarannya.

Kita masih ingat satu ketika dulu ada menteri yang kata ada lagi 18 kes berprofil tinggi nak dibawa ke mahkamah. Mana kes-kes tersebut? Senyap sampai sekarang.

Buktikan kebenaran kata-kata tersebut kerana sebagai seorang yang berpendidikan undang-undang, bukti mesti jelas.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR