Calon-calonnya ialah....

SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Permatang Pasir ialah pada 17 Ogos 2009 iaitu hari Isnin. Sekarang tumpuan akan diberikan kepada siapakah calon-calon yang akan bertanding.

BN yang akan diwakili oleh UMNO, manakala Pakatan Rakyat akan diwakili oleh PAS. Calon yang akan dikemukakan oleh parti yang bertanding nanti tentu mendapat perhatian umum.

Adakah akan muncul calon-calon BEBAS? Rasanya lebih baik simpan duit deposit tu buat duit raya, kerana calon BEBAS sukar untuk mendapat sokongan daripada rakyat kerana mereka lebih menyokong parti.

Calon-calon nanti akan tentu mendapat liputan yang besar kerana PRK menjadi tumpuan seluruh negara. Mereka ingin melihat adakah BN mampu menurunkan majoriti yang didapati calon PAS seperti di Manik Urai? Adakah Rakyat mulai menyokong 1Malaysia?

Disamping itu, berapa banyakkah laungan "Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu" akan dilaungkan oleh UMNO kerana mereka nak tunjukkan sokongan kepada Timbalan Presiden mereka.

Sama-samalah kita lihat pilihan rakyat Permatang Pasir nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR