Mengundi di Permatang Pasir

SPR telah mengumumkan bahawa PRK Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009. Penamaan calonnya pula adakan diadakan pada 17 Ogos 2009. Hari mengundinya hari Selasa.

Suka sungguh SPR dengan hari Selasa, pasai apa tak tau. Kalaulah hari mengundi diadakan pada hari cuti apa salahnya.

Selamat mengundi untuk pengundi Permatang Pasir, harap mengundilah dengan penuh keikhlasan.

Lepas ni kita boleh tengok para menteri turun bendang tolong tabur padi, tabur baja, menyulam serta mesin bendang orang Permatang Pasir. Kalau di Manik Urai dulu, menteri turun menoreh getah boleh turun majoriti sampai 65 sahaja, kemungkinan ini akan dibuat di Permatang Pasir.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR