Calon-calon, Mesti Bersedia..

Hari ini, saya terbaca berita yang menyatakan bahawa pemuda Pas dan PKR akan sokong calon BN.

Ketua Pemuda UMNO ini cuba mengalih isu tentang masalah calon BN dengan menarik perhatian bahawa pemuda Pakatan akan sokong calon BN.

Nampaknya dalam usaha untuk mengalih isu calon BN yang semakin kalut, isu ini cuba ditimbulkan. Adakah kemerosotan undi Pakatan akan lebih besar di Permatang Pasir berbanding Manik Urai?

Dalam masa 3 hari lagi waktu berkempen, tentu akan ada banyak lagi isu tentang calon akan dikeluarkan. Nampaknya isu integriti calon menjadi fokus utama di Permatang Pasir.

Seseorang pemimpin mesti bersedia, jika benar, untuk berhadapan dengan semua isu yang timbul.

Mereka mesti berani dan bertindak dengan penuh keyakinan. Tetapi sebagai seorang Islam, bercakap benar itu lebih baik. Rakyat perlu seorang pemimpin yang benar dan berani.

Seorang pemimpin mesti bersedia dalam semua keadaan.

Mereka mesti bersedia menerima hukuman rakyat yang akan mengundi pada hari Selasa nanti. Rakyat akan melihat segala perilaku dan kelakuan calon sepanjang berkempen. Jangan lupa rakyat juga akan mendengar segala perilaku lalu yang tidak elok.

Kepada pejuang Islam, berdoalah agar Islam diberikan kemenangan. Semoga PAS akan keluar sebagai pemenang pada hari mengundi nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR