Sunday, August 9, 2009

26 Dah!

Bilangan kematian yang tinggi telah diumumkan iaitu lapan menjadikan jumlah yang mati akibat virus ini menjadi 26 orang.

Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan memberikan cuti kepada rakyat sehari agar tinggal di rumah masing-masing. Biar kita berehat dan segala aktiviti dihentikan seketika.

Adakah kita lebih pentingkan ekonomi berbanding dengan kesihatan rakyat? Adakah kita mengira nilai RM100 juta hingga juta-juta tanpa mengira nyawa rakyat yang terancam dengan virus ini.

Tidak dinafikan bahawa kematian ini masih kecil berbanding dengan jumlah rakyat negara ini. Tetapi kerajaan dan rakyat harus mengambil tindakkan yang pro aktif agar virus ini tidak menular.

Adakah kita menunggu hingga satu daerah atau negeri akan lumpuh dengan virus penyakit baru kita bertindak?

No comments:

Post a Comment