Kuarantin

nota: Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Asri (Rabbani) yang telah kembali menemui Maha Pencipta, "DariNya kita datang, kepada Nya kita kembali".

Semalan dilaporkan bahawa tujuh lagi kematian berkaitan dengan Influenza A(H1N1) disahkan, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang. Ini menunjukkan bahawa jumlah kematian semakin meningkat dan banyak sekolah yang telah ditutup.

Berita dari sini.

Kebimbangan setengah ibu bapa menyebabkan mereka tidak menggalakkan anak-anak ke sekolah, takut berjangkit.

Dari yang diperhatikan, mungkin terlepas pandang, orang dalam penjara tidak ada yang terlibat dengan kematian H1N1. Mungkin mereka cukup di kurantinkan.

Mungkin lebih baik buat macam kita dipenjara, iaitu tak keluar rumah supaya tidak dijangkiti penyakit ini, bala dari Allah.

Banduan agak terselamat dari wabak ini. Mungkin Allah memberikan peringatan kepada makhluk-Nya dengan penyebaran virus ini bahawa mereka perlu kembali kepada Islam.

Jauhi segala larangan yang Allah telah tetapkan, kembali kepada undang-undang-Nya. Kita pasti akan selamat dengan mengikut undang-undang Allah.

Jangan sombong dengan kehebatan ilmu dunia kerana semuanya asal dari Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR