Wednesday, August 12, 2009

Macam Tu Dah

Semalam penulis ada melihat berita tv tentang PPSMI. TS Muhyiddin Yassin menyebut bahawa PPSMI akan dihapuskan secara berperingkat. Baca di sini.

Yang hampa pi laksana dulu ni tak pernah tanya cikgu cukup ka? silibus dan ada ka? tapi bila nak hapus secara berperingkat-peringkat sampai 2016 nu. Tu dia lama ambil masa.

Kenapa di biarkan guru-guru teraba-raba ketika memulakan dasar ini dulu. Tahun 2003, buku teks belum ada tetapi guru terpaksa mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Macam mana dikatakan pejuang Melayu sedangkan dalam sidang akhbar tu guna Bahasa Inggeris. Menteri negara luar, mereka menggunakan bahasa ibunda mereka ketika memberikan sidang akhbar (macam dok tegok dalam tv). Menteri kita tidak menggunakan Bahasa Malaysia ketika ditemuramah tetapi megah menggunakan Bahasa Inggeris.

Kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan terhadap permintaan rakyat. Rakyat akan ajar mereka dalam PRU13 nanti. InsyaAllah.

Gunalah Bahasa Inggeris ketika berbual di pejabat ka, rumah ka tetapi berilah sidang akhbar dalam Bahasa Malaysia - pasai kita 1Malaysia.

Kenapa pemansuhan itu tidak dimulakan tahun hadapan, masa masih lama iaitu 5 bulan lagi. Dulu 3 bulan sudah boleh laksana PPSMI.

Saja macam tu dah, bukan pasai pembangkang tak jadi menteri pelajaran. Cuba bagi tengok jawatan tu, boleh dak pembangkang buat kerja.

No comments:

Post a Comment