Thursday, August 27, 2009

Aku Rasa.....

Hari ini sudah 6 hari umat Islam berpuasa.

Sudah 2 hari pengundi di Permatang Pasir membuang undi dan memilih wakil mereka. BN kalah lagi.

Sudah 2 hari juga Kartika dibebaskan kembali dari dimasukan kedalam penjara.

Sudah 71 orang yang meninggal kerana H1N1.

Dr. Chua Soi Lek dipecat dari MCA.

ADUN PKR Lunas keluar parti.

Semuanya adalah antara rencah yang ada dipermulaan puasa tahun ini.

PRK Permatang Pasir telah menyaksikan (pada pendapat penulis), tiada perubahan dari segi pola pengundian. Itu secara pandangan kasar, kerana jumlah pengundi yang berkurang, jumlah undi kedua-dua parti juga berkurang dan majoriti pastinya berkurang. Yang pasti pengundinya tetap memilih parti yang sama.

Rasanya tidak ada kesan apa-apa dari kempen yang dijalankan. Pengundinya mengekalkan undi mereka seperti Mac 2008.

Oleh itu, mereka tidak "makan" dengan isu pembangunan yang dibawa BN. Mereka selesa dengan keadaan yang ada. Mereka boleh melihat kemajuan disekeliling mereka, tetapi siapa yang "merangkulnya".

MCA pasti akan bergolak, mereka memecat seorang Timbalan Presiden yang telah dipilih dalam pemilihan Oktober 2008 lalu. Sama-sama kita tunggu kisah selanjutnya....

Itulah yang aku rasa. Kalu nak rasa kena selepas berbuka..........

No comments:

Post a Comment