Penantian.. malam nanti tau la

Malam ini, PAS dan BN akan mengumumkan calon mereka yang akan diletakan harapan untuk mendapat undi dari pengundi di Permatang Pasir.

Seorang calon Bebas telah menyatakan kesediaan untuk bertanding. Katanya sudah ada peruntukan RM100,000. Nampaknya "Dare to Fail" kawan kita ni.

Kita mungkin akan melihat ramai penyokong kedua-dua pihak yang akan turun pada hari Isnin nanti. Semoga semua berjalan dengan baik tanpa provokasi mana-mana pihak.

Dengan pengenalan calon, maka gerak kerja akan bermula. Rakyat di Permatang Pasir pasti akan menerima kunjungan orang ramai selepas ini selama 8 hari.

Tentu mereka akan dilayan dengan baik oleh pemimpin yang akan bersama mereka nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR