Nasib Rakyat

Pagi ini, penulis bersama rakan singgah untuk minum pagi di pekan Mata Ayer. Hari ini pekena nasi dengan gulai ikan temenung.

Sambil makan, ada perbincangan di meja sebelah. Mereka berbincang tentang 1MALAYSIA. Mereka menyebut bahawa rakyat bawahan semakin tertekan. Ini kerana kenaikan harga insuran untuk kereta lama. Rakyat susah terpaksa menanggung kos yang tinggi. kenaikan itu tinggi hampir 100 peratus dari nilai tahun lepas. Ini tentu membebankan rakyat.Justify Full
Ada yang bercadang supaya para menteri cuba turun bawah. Biar mereka cuba hidup dengan pendapatan rakyat bawahan. "Menteri tak pa la, depa boleh kata dapat semua free." kata salah seorang dari mereka. Ada yang berkata "Nak minta rakyat patriotik, pasang bendera, tapi depa tak tengok kesusahan rakyat bawahan."

Nampaknya rakyat bawahan semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan akhir-akhir ini. Itu tak kira harga minyak, harga pengangkutan dan barangan yang akan meningkat.

Nasib rakyat Malaysia, 1Malaysia, sepatutnya menteri kena turun, biaq tengok baru tau.

Ni kira nakbuat ni, buat nu, rakyat yang kena dulu.

Itu baru bincang pasai kenaikan harga insuran untuk kereta lama, tak kira yang lain lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR