Bahasa ku



"Kalau ada calon (dalam pilihan raya nanti) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka." Itulah kemarahan A Samad Said.

Walaupun kita mendengar bahawa keputusan peperiksaan dengan menggunakan Bahasa Inggeris semakin baik seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pelajaran pada setiap keputusan peperiksaan awam, tetapi adakah pelajar menjawab dengan menggunakan bahasa Inggeris?

Adakah Bahasa Melayu bukan bahasa ilmu? KIta telah melahirkan ramai doktor, jurutera, peguam dan ramai ilmuan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuktikannya. Prof. Shahrir Mohammad Zain, seorang pakar matematik telah mengajar ramai pelajar dengan menggunakan Bahasa Melayu semasa mengajar di UKM. Adakah mereka tidak mampu bersaing?

Kenapa kelemahan Bahasa Inggeris perlu ditampung dengan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris? Adakah guru-guru yang mengajar mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dengan pelajar? Guru-guru pakar dalam sains dan matematik, bukan semua mampu mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Kenapa kita perlu berbahasa Inggeris untuk bersaing dengan bangsa lain. Adakah Jepun, Turki dan Korea tidak mampu bersaing kerana mereka bercakap bahasa ibunda masing-masing.

Penilaian secara jujur adalah perlu. Kita takut rakyat negara ini akan menganggap Bahasa Melayu, bahasa terpinggir. Kita sayang dengan bahasa kita.

Penyataan A Samad Said harus difikirkan...

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR