Sakit

Hari ini di sekolah aku ada kenduri. Hadiah daging lembu yang enak daripada seseorang untuk pelajar, guru dan ibu bapa pelajar sekolah. Walaubagaimanapun aku yang diberikan tugas, tidak dapat melaksanakan tugas kerana kakiku membengkak hari ini.

Ramai kenalan yang simpati serta memberikan cadangan ubat yang perlu di ambil sama ada ubatan moden atau tradisional. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan.

Kepada rakan setugas yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan, terima kasih kerana tidak dapat membantu keseluruhan program.

Setelah berjumpa doktor, dan selepas memakan ubat rasanya sakit di kakiku semakin berkurang.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR