Tahniah


Hari ini pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun lepas mendapat keputusan masing-masing. Tentu ada yang gembira dan ada yang menangis - berjaya atau gagal - serta yang tidak kisah dengan keputusan mereka.

Seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 tahun, mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Disamping itu, Kementerian menyatakan bahawa ramai pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang disebut oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimudin Mohd Dom.

Manakala Menteri Pelajaran pula menyatakan bahawa hasil kajian PPSMI akan dibentangkan akhir bulan ini.

Kita berharap segala kajian akan memberikan kebaikan kepada semua pelajar kita. Kita juga berharap kajian nanti telus dan tidak dipengaruhi oleh unsur politik.

Kita berharap memorandum daripada GMP akan dikaji dan dinilai agar pendapat semua pihak akan diambil kira dalam penentuan masa depan pelajar kita.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan yang gagal cuba lagi. Kegagalan bukan selamanya jika kita sanggup berubah kearah yang lebih baik..

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR