Duit..

Ransangan yang disebut oleh TPM minggu lepas menarik perhatian beberapa orang yang berbincang di sebuah rumah kenduri kelmarin (17/3/09). Saya hanya mendengar sahaja perbincangan mereka.

Ada yang berpendapat bahawa jumlah yang begitu banyak sekiranya dibahagikan kepada setiap rakyat tentu lebih baik daripada pembahagian yang disebut TPM. Kalau dibahagi sama rata tentu semua rakyat dapat merasakan wang berkenaan. Tapi, macam mana cara nak agih duit tu? Tentu sukar.

Jadi wang 60 billion yang dibentangkan tentu menarik perhatian rakyat, mereka ingin merasakan nikmat daripadanya. Tetapi semua tetap bertanya, macam mana nak pi mintak duit tu? Adakah wang itu ada atau hanya disebut sahaja?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR