Friday, March 27, 2009

Terus bekerja



Malam tadi, segala keputusan dalam pemilihan UMNO dah diketahui. Yang berjaya dan tak berjaya berjanji akan bersama memperkuatkan parti tersebut. Semuanya nampaknya akan bekerja dengan TPM (bakal PM?) untuk mengembalikan maruah UMNO yang tercabar.

Kemenangan Timbalan serta Naib Presiden yang baru tentu akan memberikan semangat baru kepada parti ini. Rakyat melihat semua pihak menyatakan sokongan terhadap TPM termasuk PM (bakal mantan PM?). Ini tentu akan menambahkan cengkaman beliau terhadap UMNO.

Apabila semua pihak menyatakan sokongan, pasti mereka akan bersatu dalam menghadapi PRK yang akan berlaku dua hari lagi.

Inilah cabaran tambahan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Semua rakyat walaupun melihat TPM bagaikan tidak bersih, tetapi beliau dilihat bersih oleh UMNO. Pasti dengan kenaikan pangkat serta mungkin dengan janji baru, rakyat akan terpengaruh. Mungkin kita akan berhadapan dengan isu baru yang tidak disangka?

Janganlah Pakatan Rakyat berasa selesa dengan suasana yang ada. Mereka perlu terus bekerja... Rakyat perlu melihat usaha bersungguh-sungguh dari Pakatan Rakyat membetulkan keadaan yang dilihat tidak betul oleh rakyat. Rakyat perlu melihat keupayaan Pakatan Rakyat menjadi sebuah kerajaan masa depan dalam negara ini.

Pakatan Rakyat harus menunjukkan kepada rakyat cara bekerja untuk memerintah negara pada masa depan.

2 comments:

  1. semoga pelukan itu menjadi saksi di hadapan Allah kelak sebagai ukhwah kamu di dalam perjuangan kamu... perjuangan apa yek?

    ReplyDelete
  2. salam... hoi tuan blog? Blog apakah ini?

    salam

    ReplyDelete