GAS


Sudah beberapa hari ini aku tidak menulis. Mungkin kerana marah melihat kerakusan polis dan pihak pemerintah memperlakukan kepada rakyat seperti yang terjadi 7 Mac lalu di KL.

Ada seorang sahabat menceritakan bahawa memang pedih terkena gas pemedih mata. Rasa macam nak mati. Ada pula seorang sahabat yang sakit resdung menceritakan bahawa selepas terkena gas, rasanya resdung sudah sembuh. Begitulah kekuatan gas yang terkena manusia pada hari itu.

Mengapa rakyat yang cintakan bahasa mereka diperlakukan begitu oleh kerajaan? Dalam perkara 152 perlembagaan disebut Bahasa Melayu bahasa rasmi negara, mengapa perjuangan memartabatkan bahasa dilayan begitu rupa.

Memang betul rasanya mereka ini lebih mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri. Ramai menteri yang malas nak cakap Melayu apabila ditanya pemberita, kalau tak percaya lihat berita di TV.

Gas pemedih mata 7 Mac pasti akan memberikan lebih semangat kepada perjuangan memartabat Bahasa Melayu kembali pada tempatnya sebagai bahasa pendidikan.

Rasa-rasanya para pejuang tidak takut dengan gas.....

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR