Dimanakah Salahnya?


Semalam kerajaan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Pergantungan ini adalah selama 3 bulan. Ini sudah tentu akan menyekat bahan alternatif kepada rakyat. Kita berharap rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat, kerana rakyat sudah banyak belajar dalam suasana yang ada hari ini.

Berita yang dikeluarkan oleh media utama perlu disaring. Kita berharap media alternatif seperti internet dan sms akan memainkan peranan semasa PRK yang akan bermula 29 Mac ini.

Rakyat negara ini sepatutnya diberikan peluang untuk mendapat berita dari banyak sumber. Kita perlu menjadikan rakyat negara ini berfikiran global. Mereka yang mendapat banyak maklumat pasti akan bijak menilai isi maklumat yang sampai. Dimanakan kesalahan dua akhbar ini? Menghasut rakyat atau meminta rakyat tidak menyokong BN? Adakah akhbar utama yang lain tidak menghasut rakyat? Kita harap kerajaan menilai perkara ini.

Rakyat yang disekat maklumat ini pasti marah kerana mereka hendak mencari maklumat. Tiba-tiba mereka disekat, tentu mereka akan marah kepada kerajaan. Kesungguhan rakyat ini akan mereka buktikan dengan menolak BN dalam PRK nanti.

Jadi kita berharap kerajaan jelaskan dimanakan kesalahan dalam pemberitaan dua akhbar parti tersebut.. Adakah ini sikap tidak berani yang ditunjukkan oleh bakal PM?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR