Ketua Baru - Cabaran Baru?

Semua tiga sayap UMNO telah memilih ketua baru. Semuanya bekas naib ketua masing-masing telah dinaikan pangkat oleh perwakilan. Semuanya berjanji ingin men'tranform' UMNO. Oleh itu, semuanya berjanji akan turun habis-habisan dalam PRK selepas perhimpunan parti tersebut. Bakal presiden parti pun berazam akan merubah UMNO ke arah yang lebih baik. Jadi selepas ini, rakyat Malaysia akan melihat berlakunya perubahan dalam UMNO. Semua orang seolah-olah rasa macam UMNO akan berubah..

Bagaimanakah persediaan parti-parti lain terutama PAS dalam menghadapi situasi ini. Rakyat sudah tentu ada yang terlekat dihati mereka dengan janji orang baru. Mereka pernah berubah kepada UMNO dan memberikan sokongan selepas Pak Lah berjanji "mencari Al Ghazali dan As Syafie". Mereka tentu ada yang enak mendengar janji Bakal PM yang akan membersihkan UMNO. Maka mungkin ada yang terjebak sekali lagi serta percaya kepada janji ini.

Adakah rakyat ramai akan terjebak? Bagaimana persediaan sayap-sayap dalam PAS - Pemuda, Muslimat, Nisa - dalam menghadapi situasi ini? Adakah kita perlu merubah pendekatan? Bagaimana persiapan Ketua Pemuda baru - selepas YB salahudin - menghadapi suasana baru dengan terpilihnya Ketua Pemuda UMNO yang baru? Semua ini perlu disiapkan (pendekatan dan isu). Rakyat suka kepada sesuatu yang baru, tentu mereka ingin mencubanya. Maka parti yang dianggap pembangkang oleh UMNO perlu memantapkan jentera dan persediaan menghadapi semua ini.

Jadi kita perlu bersedia dan kita lihat bagaimana kita hadapi dalam 3 PRK nanti. Bagaimana pendekatan baru mereka dan persiapan menghadapinya. Mungkin inilah cabaran pra Muktamar PAS... menghadapi semua ketua-ketua baru dalam UMNO......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR