Friday, March 6, 2009

Banjir bantah PPSMI



Esok 7.3.2009, Satu Memorandum Rakyat akan dihantar oleh rakyat yang cintakan bahasanya. PPSMI telah lama berjalan dan ramai pencinta bahasa melihat ia akan merosakkan identiti bangsa serta akan memberikan kesan kepada budaya bangsa.

Diberitakan, polis membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), esok. Bagaimanapun perhimpunan hanya dibenarkan diadakan di Masjid Negara jam 2 petang, sementara dua lokasi lagi yang dirancang - Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo - tidak jelas.

Diharapkan akan ramai akan hadir esok untuk menunjukkan bantahan mereka. Biar KL sesak seperti banjir beberapa hari lepas, akan dibanjiri oleh manusia yang cintakan bahasa dan anak bangsa serta masa depan negara.

No comments:

Post a Comment