Rangsang


"Kerajaan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Pakej rangsangan menyeluruh, menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran itu menumpukan kepada empat teras, iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat; membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa; dan membina keupayaan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya di Dewan Rakyat semalam, berkata peruntukan pakej itu, yang bersamaan sembilan peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan terbesar dalam sejarah ekonomi negara, akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai."

Demikianlah bunyi dalam surat khabar yang begitu menarik perhatian seluruh rakyat negara ini. Jumlah yang besar itu pasti akan menggembirakan seluruh rakyat. Persoalannya berapakah yang akan dirasai oleh rakyat? 5 sen, 10 sen, RM100 atau RM1000 pasti akan bergantung kepada kaedah pengagihan. Bagaimanakan kaedah pengagihan? Apakah peluang pekerjaan yang disediakan kepada pengganggur yang hilang pekerjaan dan memasuki pasaran pekerjaan? Apakah 163,000 peluang pekerjaan yang disediakan? Apakah bidang yang akan ditambah peluang pekerjaan tersebut?

Kita berharap pakej ransangan ini bebar-benar akan dirasai oleh rakyat, jangan hanya sebahagian kecil sahaja akan terangsang. Mereka sahaja yang dapat, yang lain hanya.......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR